BAB 11
Al-hamdulillah, sepanjang aku bekerja di sini, tiada siapa dapat menghidu hubungan kami. Di pejabat, kami sebagai majikan dan pekerja. Tetapi di luar, kami tetap seperti pasangan kekasih yang lain.
Masalahnya, Linda tetap tidak puas hati dengan hubungan kami. Sudah banyak kali dia memberi amaran keras. Dan sebanyak itu, aku kerap menangis bersendirian, dan sebanyak itu jugalah aku mengadu kepada Irwan. Namun, Irwan menyuruhku supaya banyakkan bersabar dan berdoa. Dia juga banyak memberi nasihat dan kata-kata semangat padaku. Memang aku boleh praktikkan segala apa yang dia cadangkan, tapi sampai bila dapatku bertahan.
Selain itu, emak dan ayah turut memberi perangsang padaku. Kata mereka, kita sudah lama kenal dia, kenal hati budinya. Dia tahu jaga dirinya. Aku amat berterima kasih pada emak dan ayah. Azlin pun juga begitu. Aku memohon doa pada ALLAH banyak-banyak, agar dikuatkan hatiku serta imanku untuk hadapi dugaan ini.
Irwan, seperti biasa, jika ada kelapangan dia akan mengajakku keluar. Walaupun ada ketikanya aku takut keluar bersamanya. Dia tetap memberi jaminan bahawa semuanya akan selamat. Apa-apa yang berlaku semuanya kehendak ALLAH. Aku hanya mampu tersenyum yang dibuat-buat.
Di kampung Irwan, ayahnya sedang sakit tenat kembali. Semalam, ayahnya sudah dimasukkan ke hospital. Sudah seminggu Irwan di kampungnya. Ini bermakna, sudah seminggu Linda menggangguku tanpa batasan, hingga dia sanggup menjejakku sampai ke rumahku. Aku amat bimbang dengan tindakan Linda.
“Tok, boleh tolong saya kan?”
“Boleh, boleh. Bisa saja, tapi mana pengerasnya?”
“Ni dia tok.”
“Nah, kau ambil ni. Benda ni kau buka pembungkusnya, lepas tu kau letak dalam bilik dia. Tapi pastikan dia saja yang kena. Benda ni berasap. Lepas letak benda ni, kau cepat-cepat lari. Kesannya kuat. Faham!”
Malam itu juga, dia ke rumah Ila.
“Mak!” jerit Azlin esok paginya.
“Mak! Cepat mak, datang kat bilik Kak Ila.” Azlin cemas.
“Ila.. Kenapa ni Ila? Bangun Ila.”, arah mak.
Aku rasa amat lemah sekali, hendak buka mata pun tidak berdaya.
Belum sempat ayah Irwan sembuh sepenuhnya, kini dia terpaksa berkejar ke sini pula. Kesian Irwan. Dia cuba tabahkan hatinya.
“Wan, kau tolong tengokkan Ila kejap ye. Mak nak ke kafe kejap, beli sarapan. Kesian mak tengok kau. Wan pun tentu belum sarapan lagi kan?” kata emak bila Irwan sudah lama berada di wadku, menunggu aku sedar.
“Baik mak.”
Memang emak tidak membenarkan Irwan memanggilnya ‘makcik’. Panggilan ‘mak’ lebih mesra, ulas emak.
Irwan sekarang duduk di kerusi sebelahku, dan merenung aku. Ingin dia memegang tanganku, moga-moga aku cepat sedar, tapi tidak dilakukannya demi adab.
Bila emak masuk, emak suruh Irwan makan dulu, tetapi Irwan menolak. Katanya, dia tidak lapar lagi. Malah, dia menyarankan emak makan dulu.
“Aarrgghhh...”
Emak dan Irwan memandangku dengan cemas. Aku cuba membuka mata perlahan-lahan. Terasa silau mata bilaku memandang cahaya.
“Aarrgghhh...”
“Ila, kau tak apa-apa?”, soal emak.
“Aa...?”
“Tak de apa-apa mak”, waktu itu aku sudah boleh membuka mata. Lantas aku cuba duduk. Badanku masih lemah. Irwan menegahku daripada bergerak. Aku akur.
“Mak, kenapa Ila ada kat sini?”
“Ila pengsan, kat bilik. Dah dua hari Ila pengsan,” terang emak.
“Ohh...”
Irwan lantas menyuakan aku air. Aku cuba minum air perlahan-lahan.
“Adik-adik mana mak?”
“Semua ada di rumah Pak Long kau.”
“Ila, baik Ila jangan banyak bergerak. Ila masih lemah, rehat dulu,” ujar Irwan setelah lama mendiamkan diri.
Irwan mengajak emak ke tepi tingkap. Emak menurut saja permintaan Irwan.
“Mak, saya nak tanya boleh?”
Emak mengangguk.
“Kenapa tiba-tiba Ila pengsan? Dia tak ada sakit yang kritikal kan?”
“Tak de. Entahlah, mak sendiri pun tak tau Wan. Kalau nak tau, Wan tanyalah dia nanti.”
“Emm... tak pe lah mak.”
“Okey lah mak. Wan pun dah lama kat sini. Wan nak tengok ayah pula. Nanti kalau ada apa-apa hal, telefon je Wan ye mak. Assalamualaikum mak, Ila.”
“Wan, amik sarapan kau tu.”
Irwan berlalu sambil mengambil sarapannya.
Linda tersenyum riang. Rancangannya sudah berjaya. Tapi dia tidak puas hati selagi aku tidak betul-betul tenat. Kalau boleh dia tidak mahu aku wujud lagi di bumi ini.
BAB 12
Kini aku kembali bekerja setelah mengambil cuti sakit selama seminggu. Selama seminggu itulah, aku rasa badanku lemah. Hari ini, walaupun belum sihat sepenuhnya, aku gagahi juga untuk ke pejabat. Aku tidak betah duduk di rumah.
Irwan masih berada di kampungnya. Katanya mungkin tiga atau empat hari lagi dia kembali bertugas. Ayahnya masih lagi sakit tenat. Aku amat bersimpati dengan apa yang menimpanya. Aku selalu berdoa, agar ayahnya cepat sembuh.
Linda masih tidak senang dengan kewujudanku. Dia selalu menjeling marah dan masih memberi amaran padaku. Namun aku tidak ambil peduli itu semua.
Sepanjang hari ini, aku tidak dapat menumpukan perhatian pada kerja. Aku asyik teringatkan Irwan dan kejadian yang menimpa pada diriku. Jadi, aku ambil keputusan untuk pulang awal.
Staf-staf lain hairan melihat sikapku hari ini. Entahlah, apa yang berlaku hinggakan hatiku tidak sedap. Habis saja lunch, aku terus balik.
“Assalamualaikum...”
“Wa’alaikumussalam. A..Ila, kenapa?”
“Wan masih kat kampung lagi ke?”
“A’ah..”
“Wan, Ila on the way ke kampung Wan ni. Ila nak jenguk ayah Wan.”
“Ohh... okey. Nanti Wan bagitau diorang.”
“Okey...Assalamualaikum.”
“Wa’alaikumussalam.”
Sampai saja di kampung Irwan, Irwan sudah menungguku di beranda. Aku terus saja masuk ke dalam. Ayah dan emak Irwan gembira dengan kedatanganku. Lama juga aku berada di kampung Irwan. Hampir waktu Isyak baru aku sampai di rumah. Emak memarahiku kerana pulang terlalu lewat. Namun sebenarnya emak mengerti, kerana aku sudah maklumkan perkara ini sebelum bertolak tadi.
Usai solat Isyak, aku bersiap-siap untuk tidur. Keletihan mencengkam tubuhku. Tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi. Malas aku nak menjawab panggilan itu. Aku biarkan ia berbunyi lama. Lambat-lambat aku capai juga telefon bimbitku. Bingit telinga mendengar bunyi telefon bimbitku malam-malam begini. Belum sempat aku mencapai telefon bimbitku, ia sudah berhenti berbunyi. Geram hatiku. ‘Ahh...biarlah’ getus hatiku. Lantas aku terus tidur.
Esoknya, aku terperanjat bila Irwan berada di pejabat.
“Kenapa balik cepat?”
“Wan kesian tengok Ila, sebab tu Wan balik awal.”
“Ayah macam mana?”
“Dah sihat sikit. Insya-ALLAH, dia akan sembuh.”
“Wan, semalam Wan ada telefon Ila tak?”
“Tak de.”
“Tak de.”
“Emm, tak pelah.”
Aku mengangguk, puas hati dengan penjelasan Irwan. Aku melangkah ke mejaku untuk memulakan tugas. Hari ini, aku bersemangat sikit untuk bekerja. Mungkin juga disebabkan dengan kehadiran Irwan, menaikkan semangatku. Seperti biasa, kami lunch bersama. Tentunya Linda geram dan cemburu melihat kami. Aku tak ambil pusing dengan panggilan semalam. Mungkin orang itu tersilap nombor.
No comments:
Post a Comment