Wednesday, June 8, 2011

[ novelku ] - Ceritera Kita 13, 14

BAB 13                

                “Kring...Kring...!!!”
                “Ish... kacau betullah.  Orang nak rehat kejap pun tak boleh.”, getus Irwan.
                “Kring...Kring...!!”
                “Assalamualaikum, Wan.”
                “Wa’alaikumussalam, mak.”
                “Wan, kau kena balik kampung sekarang juga..,” bergetar suara emak Irwan.
                “Kenapa mak?”
                “Wan... ayah kau...”
                “Kenapa dengan ayah mak?”
                “Ayah...ayah kau dah...meninggal,” kedengaran esakkan emaknya di hujung talian.
                Okey, Wan balik sekarang.  Assalamualaikum.”
                “Wa’alaikumussalam.”
                Baru tinggal dua hari lepas, nampak sudah sihat sikit.  Alih-alih ayah sudah meninggal. Innalillahi wa inna ilaihirojiun, hatinya berkata.
           Setelah bersiap ala kadar, Irwan terus memecut ke kampungnya. Dalam perjalanan, dia sempat menelefonku.  Terperanjatku mendengar berita tersebut.  Dia menyuruhku ke pejabat seperti biasa dan memberitahu Linda, bahawa dia mengambil cuti selama tiga hari.  Itu pun setelah aku memberitahunya yang aku akan ke kampungnya sekarang.  Aku mengeluh bila dia melarang. Rasa malas hendak berjumpa dengan Linda.  Pasti dia akan bertanya, ’Kenapa tak ikut sekali dengan pakwe kau tu?’.  Tapi demi Irwan, terpaksa juga aku bersua dengan Linda.
               Esoknya, seperti biasa aku ke pejabat.  Setelah memberitahu Linda tentang Irwan pada awal waktu kerja, aku cuba menjalankan tugasku seperti biasa.  Tetapi hatiku tidak tenteram sepanjang hari itu.  Sebaik saja habis waktu pejabat, cepat-cepat aku pulang ke rumah.  Aku memberitahu emak bahawa aku akan bermalam di kampung Irwan selama semalam, dan bertolak hari ini juga. Emak membenarkan aku pergi.  Setelah mengemas dan solat Asar, aku terus keluar menuju ke kampung Irwan.  Lepas waktu Maghrib baru aku sampai di kampungnya.  Keluarga aku pula akan melawat rumah Irwan hujung minggu ini disebabkan ayah sibuk dengan kerjanya.
              Aku lihat semua orang bersedih, terutamanya emak Irwan.  Sudah aku ajaknya makan sedikit, namun dia menolak.  Irwan pula makan sedikit saja.
         Sejak dari lepas waktu Maghrib hinggalah ke waktu Isyak, tidak putus-putus orang kampung menziarahi rumah Irwan.  Mereka tidak berhenti membaca surah Yaasin.  Lepas waktu Isyak, orang kampung beransur pulang.
                Bila tiba waktu tidur, masing-masing masih menyepikan diri. Masih lagi bersedih.  Aku juga begitu.  Lewat malam, baru kami dapat melelapkan mata.  Aku risau melihat keadaan emak Irwan. Sudah dua tiga kali aku mendengar dia meracau.  Kakaknya sanggup bersenggang mata memujuk emaknya supaya bertenang dan mengucap banyak-banyak.
                Esoknya, dalam pukul 10.30 pagi, aku bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Aku sempat berpesan kepada seluruh ahli keluarga Irwan supaya banyakkan bersabar.  Sebelum bertolak pulang, aku menziarahi pusara ayah Irwan dengan ditemani oleh Irwan.


 BAB 14


                Isshh...siapa lagi ni.  Tak habis-habis nak kacau aku,’getus hatiku.
                Bila aku jawab call, dia pula tak nak cakap,’protesku lagi.
                Sejak kebelakangan ini, aku kerap mendapat panggilan misteri, selalunya pada lewat malam. Ishh...buang tabiat ke orang ni.  Nak telefon, telefonlah betul-betul. Buang masa dan pekakkan telinga aku adalah,protesku lagi, geram.
                Malam esoknya, telefon bimbitku berbunyi lagi. ’Aik, orang yang sama aje.’ Hatiku berkata.   Aku biarkan saja telefon bimbitku.
                “Hello, Assalamualaikum...siapa tu?” aku jawab juga panggilannya.
                “Hello...”
                Diam seketika.
                “Hello...”
                “Hello...siapa tu?”
                “Hello...ni Nadila ke?” soal pemanggil tersebut.
                “Ya, kenapa?”
                “Emm... tak apalah.  Sorry yek!” katanya lantas memutuskan talian.
             Hairan aku.  Mulanya nak cakap dengan aku, pastu tak nak pula.  Pelik, yang telefon tu, orang perempuan. Nak kata kawan aku, rasanya itu bukan suara kawan-kawan aku. Siapa ye?. Pening kepala aku dibuatnya. Entahlah.’, hatiku membuat pertimbangan.

No comments:

Post a Comment