Wednesday, September 14, 2011

[ novelku ] - Ceritera Kita 20, 21

BAB 20

‘Arrgghhhh... seksanya menanggung rindu.  Apa agaknya Ila buat sekarang ni? Adakah dia pun terseksa sepertiku?.. Ah, taakk. Dia takkan terseksa kerana dia menganggapku sebagai senior. Tidak lebih daripada tu.  Tak ada perasaan sayang, cinta atau rindu dihatinya.  Itulah perkataan yang saling berulang kali diucapnya, bila perkara ini ku tanyakan padanya. Ila... adakah kau mengerti perasaanku? Adakah kau merasainya? Ila... sekiranya kau tak faham dan merasai perasaan ini, dengarlah kedua-dua nasyid ini.  Hayatilah liriknya, kerana itulah luahan isi hatiku yang sebenarnya dan seikhlas hatiku. Moga kau dapat mengerti dengan lebih jelas lagi tentang perasaanku.’ Irwan berkata dalam hati.

KU HARAP CINTA
Ku harap kau cuba memahamai
Luahan hati ini yang ingin dicintai
Ku harap kau dapat menghayati
Sentuhan jiwa ini yang ingin disayangi
Tiada balasan
Yang ada hanyalah alasan
Tiada jawapan
Yang ada hanyalah persoalan
                Di manakah kejujuran
                Di manakah ketulusan
                Di manakah keikhlasan
                Di manakah kejujuran
Kerana TUHAN hanya mahukan
Kejujuran keikhlasan cinta

                
HANYA TUHAN YANG TAHU

Ku pendamkan perasaan ini
Ku rahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati
                Ku pohonkan petunjuk ILAHI
                Hadirkanlah insan yang sejati
                Menemani kesepian ini
                Mendamaikan sekeping hati
Oh TUHANKU
Berikanlah ketenangan yang abadi
Untukku menghadapi resah hati ini
Mendambakan kasih insan yang ku sayang
                Di hati ini hanya TUHAN  yang tahu
                Di hati ini aku rindu padamu
                Tulus sanubari menantikan hadirmu
                Hanyalah kau gadis pilihanku
Kerana batasan adab dan syariat
Menguji kekuatan keteguhan iman
Insan yang berkasih

                    “Tini... ada berita terbaru tak?”
                    “Berita mana satu, berita betul ke berita.... Irwan.”
                 “Alaa... kau ni.  Buat-buat tak faham pulak.  Karang tak mau belanja coklat kang, baru tau.” Itu janjiku pada Tini untuk menjadikannya pengintip peribadiku.  Nasib baik dia jenis tak cerewet, tak memilih pasal coklat. Kalau tak... adusss... merana aku.
               “Oohhh...pasal tu. Ada, jom!” seraya ditariknya tangan aku dan menuju ke meja tulisnya.  Aku cuma menurut dan perhatikan gelagatnya. Apa yang dicari? bisik hatiku tatkala melihatnya seperti mencari-cari sesuatu di dalam fail kuliahnya tadi.
          “Haa...ni dia. Nah!”, terkejut aku dengan jeritannya tadi, tapi aku sambut juga surat yang dihulurkannya.  Tini pergi ke dapur, seolah-olah ingin membiarkan aku membaca surat itu sendirian. Perlahan-lahan aku melangkah keluar menuju ke taman di hadapan asrama kami sambil membuka surat itu.
                   Aku duduk di sebuah bangku yang menghadap kolam.  Aku membaca surat yang cuma sehelai itu perlahan-lahan.  Takut dengan kemungkinan yang berlaku, sama ada dia masih menyintaiku atau sebaliknya. Hmmm...rupanya dia masih menungguku, masih mengharap kehadiranku. Ketahuilah Abang Wan, dalam diam aku turut menyintaimu. Sekarang baru aku tahu, bukan dia sengaja nak menjauhkan dirinya, tetapi mahu mengujiku. Ahh... pandainya dia bermain.’ bisik hatiku.  Lewat petang baru aku masuk ke dalam bilik.  Tini dan Zila menggeleng saja dengan kelakuanku.  Merekalah sahabatku yang amat memahami diriku.
                Sebaik saja selesai menunaikan Solat Maghrib, aku terus buka radio.  Semestinya aku tidak mahu terlepas untuk mendengar kedua-dua lagu nasyid yang diarahkan oleh Irwan.
                 “Tini, macam mana Irwan boleh jumpa kau?” soalku ketika kami bertiga makan malam.
                 “Entahlah... aku sendiri pun tak tau.  Dia yang nampak aku dulu di kafe pagi tadi.”
                 “Betul tak dia Irwan, macam yang kau tengok dia hari tu. Yang kau kata dia layan blues?”
           “Ha’ah Ila. Betul dia. Muka dia dah cekung tapi still handsome. Ishh, rugi aku tak ajak kau breakfast tadi. Kalau tak, kau boleh tengok sendiri muka dia macam mana. Pagi tadi kau tak de kelaskan?”
                “Memang tak de kelas. Sebab tu yang aku malas nak menapak ke kafe. Kalau tak, of course aku dah pergi.”
                “Apa yang dia tulis dalam surat tu?” soal Zila yang dari tadi menyepi.
            “Tak de apa-apa. Macam biasa.  Sama je macam couple-couple lain tulis.  Haa... sebelum aku terlupa, aku nak minta tolong korang, leh?”
                “Apa?”
            “Kalau nasyid Ku Harap Cinta dan Hanya Tuhan Yang Tahu keluar kat radio, korang boleh tak kuatkan radio dan diam?”
                “Eh! Sejak bila kau suka nasyid cintan-cintun ni? Pelik aku,” soal Zila. Zila dan Tini memandangku kehairanan. 
                “Haa... aku dah tau dah,” jerit Tini keriangan.
                “Apa yang kau dah tau?” soalku untuk memerangkap Tini.
                “Ni mesti Irwan yang suruh kan?”
                “100 markah untuk kau.  Ni yang buat aku sayang kat kau.”
                “Uweekkk...” Kami bertiga ketawa riang.  Malam itu, kami seronok usik-mengusik satu sama lain.  Sampai keluar air mata dan sakit perut kerana terlampau banyak ketawa.
              ‘Zila, Tini... kaulah sahabatku dunia dan akhirat.  Aku amat berterima kasih pada korang kerana sudi berkawan denganku,’ bisik hatiku.
  
                Akhirnya, di pertengahan semester empat, baru aku memberitahu perkara yang sebenarnya kepada Irwan mengenai perasaanku. Apa lagi, dia bukan main gembira mendengar hal itu dari mulutku sendiri.
              Sejak dari itu, kami sudah mula mengenali diri masing-masing dengan lebih rapat lagi.  Tapi aku masih lagi berhati-hati.  Takut pisang berbuah dua kali. Cukuplah sekali pengalaman perit dan kecewa yang aku alami semasa bercinta di sekolah menengah dulu.
              Perkara ini telah aku maklumkan kepada emak dan ayahku.  Mereka tidak menghalang, tetapi cukup dengan nasihat supaya aku berhati-hati dan jangan lupakan pelajaran, itu yang utama.
              Sepanjang kami bersama, dia melayanku dengan baiknya. Apa saja yang aku mahu, semuanya dituruti tanpa bantahan atau keluhan. Biasalah adat orang bercinta. Semuanya indah belaka, segala manis dan menarik saja. Dalam hatiku asyik berdoa dan berharap agar dia menerimaku dengan seadanya dan seikhlas hatinya. Bukan untuk dipermainkan.


 BAB 21


                “Ila... kau nak ikut ke tak nak ni?” soal Tini.
              “Entah.  Aku pun tak tau nak ke tak nak. Tapi kalau ikutkan hati, nak ikut sangat. Ye la...paling-paling kurang pun, berjalan juga aku cuti nanti.”
                “Kalau macam tu, kau ikut aje!” cadang Tini.
               “Ha’ah. Tak payah kau nak pening-pening lagi. Nanti kalau kau tak ikut, menyesal pulak. Peluang depan mata, rebut je lah.” Zila pula beri rangsangan.
                “Tapi aku belum bagitau kat emak dan ayah.”
               “Itu kau tak perlu risau.  Kau telefon je diorang kat rumah aku nanti.  Alaa... takkan emak dan ayah kau tak bagi.  Kita tiga orang, perempuan saja.  Lagipun kat rumah aku mana ada lelaki.  Ayah aku outstation 2 minggu start kita ada kat rumah aku.  Nanti aku back up kau dari belakang bila ayah kau tak bagi,” beria-ria Tini mengajakku ke rumahnya.  Entah apa mimpinya, aku sendiri pun tidak tahu.
                ‘Malah, Irwan pun sekampung dengan Tini. Mmm... nak ikut ke tak nak ni? Mmm.. kalau ikut pun best gak. Ahh, ikut je lah.’ ku buat pertimbangan.
                “Hmm... okey, aku ikut”, jawabku.
             “Haa...macam tu la kawan.”, kata Tini.  Tini dan Zila tersenyum riang.  Tini tambah-tambah lagi, senyumnya bukan main lebar lagi.
               Petang itu, terus saja aku berkemas.  Aku akan bercuti di rumah Tini selama seminggu.  Dalam masa sejam lagi, Zila akan menjemputku.  Petang ini, ayah dan emakku tiada di rumah termasuk adik-adikku. Mereka ke rumah kawan ayah di kampung sebelah, saja menziarah.  Aku saja rasa malas hendak mengikut mereka.
                Maklum sajalah, sudah habis belajar.  Duduk di rumah pun bosan juga.  Apa salahnya     sekali-sekala pergi berjalan di tempat orang.  Tambahan pula, sudah lama sangat aku berjanji dengan Tini dan Zila untuk datang ke rumah mereka.  Nasib baik mereka tidak mengungkit hal ini.

“Zila, kau tau ke jalan ke rumah Tini?”
“Takkan aku tak tau pula. Masuk kali ni, dah 3 kali aku ke rumahnya. Alaa...bukannya susah sangat nak cari rumah dia.”

 “Mm.. Zila. Lepas ni kita stop nak? Aku lapar la.”
 “Hei, kau ni. Perut kau je yang kau jaga ek. Okeyla, aku pun lapar gak.”
                 
Akhirnya, kami berhenti di Hentian Sebelah Bukit Merah.  Selepas lebih kurang 30 minit, kami pun menyambung perjalanan kembali.  Satu setengah jam kemudian, kami sudah pun sampai di rumah Tini.  Tini menyambut kami dengan gembira.  Kami pun bersalaman dengan emak dan   adik-adik Tini.  Selepas makan malam, Tini mengajak kami menonton video CD.  Kami menurut saja.  Kami menonton Gila-Gila Pengantin. Tidak henti-henti kami ketawa menonton cerita itu.

Thursday, August 4, 2011

[ novelku ] - Ceritera Kita 18, 19

BAB 18


“Ila... abang nak pinjam nota ekonomi tadi boleh tak?”

“Kenapa?. Abang Irwan tidur lagi tadi?”
“Ha’ah..”
“Teruklah orang laki ni, juara tidur dalam kelas. Malu la sikit.”
“Emm... ye la malu, malu. Nak sorok muka dalam beglah.”
Aku tergelak kecil mendengar selorohnya.

Aku di sini, hanya menganggap Irwan sebagai senior. Irwan sudah dalam semester tiga, manakala aku baru semester satu. Aku mula rapat dengan Irwan setelah selalu buat assignment bersama-sama. Tapi tidaklah sampai ke tahap kritikal. Maksudku, ku masih tidak ada apa-apa perasaan padanya. Aku masih memegang prinsip hidupku, belajar dan kerja dulu, baru kahwin. Aku juga masih memegang kuat janjiku pada diriku dan juga pada emak dan ayahku, bahawa aku datang ke sini untuk belajar bukannya untuk perkara yang remeh. Aku sedar siapa aku. Aku tidak mahu menghancurkan harapan emak dan ayahku padaku.

“Boleh, tapi tak completelah. Boleh ke abang Irwan faham? Tulisan pun cakar ayam,” terangku.
“Tak pe. Tulisan Ila bukannya buruk sangat sampai tak boleh baca.”
“Mm.. ye la. Tapi esok abang Irwan pulangkan tau. Ila nak kemaskini dan buat ulangkaji.”
“Alaa... itu abang tau la.”

Hari demi hari, kami kerap bersama. Itupun atas dasar pelajaran saja.  Ramai juga siswa dan siswi di kolej kami membuat tanggapan yang salah. Mulanya geram juga aku dengar gosip mereka. Akhirnya, aku sudah lali. Ah...lantak kat aku nak buat apa, yang penting niat.
Irwan pula, sedikit demi sedikit cuba memikat aku. Tapi seboleh-bolehnya, aku cuba tak ambil pusing tentang perkara itu.  Yang aku lebih pentingkan ialah masa depan aku – cita-citaku.         

BAB 19

‘Ishh... kenapalah dia ni degil sangat.  Susah jugak nak ngorat dia.  Kejap rasa dapat, kejap tak.’ rungut Irwan suatu hari.
‘Tak pe, aku nak uji dia. Semester depan, aku nak bersikap dingin. Walaupun berselisih dengan dia pun, aku takkan senyum,’ tekadnya dalam hati walaupun dia akan terseksa dengan niatnya itu.
Semester baru pun bermula, seperti biasa keadaan di kolej agak sibuk dengan pendaftaran kursus selama seminggu. Buat masa ini, sama ada Irwan atau aku masih belum bersua muka. Keadaan ini berterusan sehingga hampir sebulan minggu perkuliahan telah bermula. Agaknya, subjek yang dia atau aku ambil tak sama, ataupun subjek yang kami ambil sama, tetapi berada di dewan kuliah yang berbeza.
Di kala ini, aku teringat kembali masa-masaku bersamanya. Rinduku pada wajahnya, gelagatnya, lawaknya, terutama sekali pada sikap penyayang dan ambilberatnya. Entah mengapa, rinduku padanya semakin menjadi-jadi.  Arrggghhhh.... seksanya.

“Ila... mari sini kejap!”
“Ada apa Tini?”
“Alaa.. datang sini cepat.”
“Ye laa... aku datang ni,” kataku malas, tetapi kakiku tetap melangkah ke beranda, Tini menungguku di situ.
“Aku ada sesuatu nak bagitau kau.”
“Hmm... apa dia?”
“Aku ada ternampak Irwan di kafe tengahari tadi.”
“Ha!?... betul ke?”
“Entahlah... aku sendiri pun tak pasti. Sekali imbas macam dia.  Tapi aku tengok dia dah lain sikit.”
“Lain!?”
“Muka dia dah nampak cekung...,” kata Tini dengan nada suara yang sedih.
“Kau pasti betul, itu dia?”
“Aku tak tau nak kata betul atau tak. Tapi bagi aku, 60% tekaan aku betul.”
     “Lagi, ada apa lagi kau nak bagitau aku?”.
“Ada... aku nampak dia macam layan blues.”
“Lagi?”
“Rasanya dah tak ada apa lagi. Cuma aku nak ingatkan kau.”
“Apa?”
“Apa yang dah kau buat sampai dia jadi cam tu?”.
“Apanya... aku cuma layan dia macam biasa. Yang lebih-lebih tu aku tak buat. Takkan kau tak faham aku lagi.”
“Hmm, entahlah. Aku sendiri tak tau nak kata apa.”
Anyway, terima kasih atas maklumat tak rasmi tu.”
“Sama-sama.  Kasih diterima.”
Petang itu, aku benar-benar terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Tini tadi.  Aku ingat, buat selamanya aku tak mungkin dapat bertemu dengannya lagi. Tapi sangkaanku meleset. Kenapa...kenapa dia macam nak menjauhkan dirinya dari diriku? Yang buat aku bertambah hairan lagi, kenapa baru sekarang aku dapat tau tentang dia? Kenapa tidak dari mula semester lagi? Hmm... entahlah...
Dalam diam-diam, aku jadikan Tini sebagai pengintipku untuk mengintip Irwan. Setiap maklumat yang aku terima mengecewakan. Jelaslah bahawa dia hendak menjauhkan dirinya dariku. Kadang-kadang bila difikirkan semula segala tindakanku ini, hendak gelak pun ada, malu... lagi lah. Macam orang pengemis cinta, mengemis cinta yang tidak mungkin tiba. Ego pun dah turun, rasa terlalu murah diri ini kerana mengemis cintanya. ‘Ila... apa nak jadi dengan kau ni. Kau datang sini nak belajar, nak cari ilmu, bukannya nak cari couple. Tapi... argghhh... gilaa... perasaan ni tak pernah ku pinta untuk hadir dalam usiaku begini.  Ia wujud dengan tiba-tiba.  Kau dah langgar segala janji-janjimu. Tapi ku sedar, ku tak boleh melawan takdir. Argghhh... Ya ALLAH, tolonglah hamba-Mu ini, tabahkanlah hati hamba-Mu ini untuk meneruskan hidupku dengan sebaiknya.’ Ku bermonolog sendirian.


Sunday, July 24, 2011

[ novelku ] - Ceritera Kita 17

BAB 17



                 “Cepat!!!... semua berbaris di padang sekarang.  Kalau lambat, pusing padang 20 kali!”
                “Isskhh...orang baru balik dari ceramah, tak sempat minum air pun, dah suruh berbaris di padang.  Apa! Dia ingat kita ni robot ke?!...tak minum, tak makan, tak penat.  Asyik ikut arahan dia 24 jam,” bebelku sendirian sambil berjalan ke padang.
                “Ila, awak bebel apa tadi?” tegur pengerusi minggu orientasi.
                “Aa..err...tak ada apa-apa.” Kataku sambil tersengih.
              Bila masa dia ada kat sebelah aku. Nasib baik aku tak cakap kuat-kuat tadi. Kalau tak, memang nahas, bisik hatiku. Aku malu tidak terkata.
           Minggu orientasi di kolej aku di buat sebanyak dua kali.  Pertama untuk peringkat kolej, iaitu melibatkan semua pelajar baru pelbagai negara.  Kedua, dibuat mengikut negara, iaitu para pelajar baru diasingkan mengikut negara asal mereka.

                “Ila... termenung nampak. Teringat kat abe’ ke?”
                “Eh... merepeklah kau ni Tini.  Mana ada. Kita masih single lagi ma.”
                “Habis tu?”
                “Teringat masa second orientation kita dulu.  Nak tergelak bila diingatkan balik.”
                Memang kejadian itu yang paling susah untuk dilupakan.  Nasib baik orang tidak ramai lagi. Kalau tidak, malu aku, hatiku berkata.
                “Ha!!... kau cakap pasal orientasikan.. aku baru teringat sesuatu.”
                “Apa?”
                “Kau ingat lagi tak... singa lapar tu?”
                “Ingatlah, apa pula tak ingat.  Kenapa?”
                “Hmm... kau dengar ye apa yang aku nak cakap ni.  Mesti kau tak percaya.”
                “Ishh... macam-macamlah kau ni.  Cepatlah cakap.”
                “Tapi kau jangan terkejut pula.”
                “Emm ya lah. Cepatlah,” desakku lagi.  Sebenarnya aku malas hendak layan Tini waktu macam ini.
                “Tadi aku terserempak dengan dia on the way ke sini...”
                “So?”
                “Dia... dia... hahahaha....” terbahak-bahak Tini gelak.
               “Kenapa gelak? Apa yang lawaknya? Dia jadi badut ke?” geram aku, teramat-amat geram. Nanti kena karate, padan muka.  Suruh orang dengar betul-betul, dia main-main pula.
                “Taaakkk... dia....dia kirim salam kat kau,” jawab Tini dengan sisa-sisa ketawanya.
               What?!! Singa lapar tu kirim salam kat aku?! Tak percaya, aku tak percaya.  Dunia terbalik pun aku tidak percaya!!”.  Aku amat terkejut dengan perkara itu.  Ya lah.  Dia itu terlampau garang, macam singa lapar.  Siapa pun tidak suka walaupun muka hampir macam muka Takenouichi Yutaka.  Sesuai saja gelaran itu dengan pengerusi minggu orientasi, dan tidak lain tidak bukan, Irwan – Syed Irwan bin Syed Irfan.
                “Pergi mampuslah dengan singa lapar tu!!” protes ku.
                “Ila kau nak tau tak?”
                “Apa lagi?”
                “Aku kesian dengan dia... dia tidak serik-serik juga selalu kirim salam pada kau.”
             “Apanya... lantak dialah.  Dia punya pasal, dia settle sendirilah. Aku tetap tak mau jawab salam dia!” tegasku. Hmm... terpaksalah aku jawab salam dia dalam hati kerana dalam Islam, wajib jawab salam.
             Well...baiklah, depend on you.  Apa pun sebelum aku terlupa, dia hendak jumpa kau pukul 5 petang ni di kafe.  Katanya, nak bincang pasal assignment.”
                Alaa... ni yang lemah ni. Apalah malang nasib aku dapt satu kelas ekonomi dengan dia, dan yang lebih malang lagi, aku satu kumpulan assignment dengan dia’ ngomelku perlahan.  Jadi, mahu tak mahu, aku terpaksa jumpa dia juga.
                “Eh!... Ila, aku ingat la, rasanya dia sudah tangkap cintan dengan kau la.”
                “Ishhh... takkanlah... simpang malaikat 44.”
                “Cuba kau fikir logik sikit, kalau dia tak suka kau, dia takkan buat macam tu.”
                “Ah... biarlah.  Tak kuasa aku hendak layan dia.”
                “Tapikan... aku rasa dia betul-betul minat pada kau,” kata Tini lagi.
                “Eh Tini, kau jangan sebut nama dia lagi boleh tak?” marahku.
                Okey, okey.  Sorry.”
                “Dah la, aku ada kerja nak buat ni.  Kau jangan kacau ek..”
                “Hmm....”, Tini pun berlalu meninggalkan aku.

sori...

sori pada semua...
da lama gak sy x post kan smbungan novel sy. hehee... lately nie asyik dok lyn drama korean kat maaduu. sori  once again.. :)

Friday, June 24, 2011

[ novel ku ] - Ceritera Kita 15, 16


BAB 15 

                Semuanya sudah berjalan seperti biasa.  Irwan sudah kembali ke pejabat, tetapi dia masih lagi bersedih.
                “Wan...  are u okey?”soalku ketika makan tengahari.  Tiada respon.
                “Waan...”ku kuatkan sedikit suara.
                “A...apa?”
                “Kenapa Wan?”
                “Err... takde apa-apalah.  Masih teringat kat kampung.”
                “Bersabar je lah.  Doakan semoga roh ayah Wan bahagia di sana.”
                “Hmm....”
                Sepi.
                “Ila..”
                “Ya.”
                “Temankan Wan petang ni boleh?”
                “Nak buat apa?”
                “Saja...jalan-jalan. Pukul 5 okey?”
                “Emm,, okey.”
                Kami cepat-cepat habiskan makanan kerana tinggal beberapa minit lagi masa rehat akan habis.  Aku nampak muka Linda kelat bilaku lalu di depannya.

                Seperti yang dijanjikan, kami terus keluar sebaik sahaja masa waktu bekerja tamat. Sepanjang perjalanan, tiada suara yang kedengaran kecuali lagu-lagu yang diputarkan di radio.    Irwan bersikap pelik hari ini.  Aku hairan.
                Sampai di kawasan rekreasi, kami menuju ke sebuah bangku yang menghadap tasik.  Tenang sungguh air tasik itu.  Irwan masih mendiamkan diri.  Seperti ada sesuatu yang berat menimpanya.  Aku tahu hatinya tidak setenang air tasik itu sekarang ini.  Aku membiarkan dia mengambil kekuatan sebelum dia nyatakan padaku.  Kami masih menyepikan diri buat sekian kalinya.
                “Ila..” katanya memecah kesunyian.
                “Ya” kataku lembut.
                “Linda masih ganggu Ila lagi ke?”
                “Ha’ah, tapi Ila dah lali dengan dia.”
                “Ila jangan bimbang dengan Linda tu. Nanti dia senyap sendiri.”
                “Wan jangan risau. Ila boleh handle lagi dengan Linda tu.”
                “Hmm..”
                Sepi lagi.
                “Kenapa Wan? Macam ada masalah besar aje.  Ila rasa soalan tadi bukan benda yang Wan nak cakap kan?” dugaku.
                “Betul... ada perkara yang lebih penting.”
                “Cuba bagitau... kut-kut Ila boleh tolong,” terangku bersungguh-sungguh dan ikhlas.
                “Wan boleh bagitau Ila, tapi mungkin Ila tidak dapat tolong,” jelas Irwan.
                “Kenapa? Masalah syarikat ke?”
                “Syarikat pun ada masalah, tapi ni masalah lain.”
                “Terus-terang je la..”
                “Hmm... sebenarnya... masalah ni tentang kita.”
                “Tentang kita? Kenapa?”
                “Ila... mak suruh kita bertunang secepat mungkin.  Kalau boleh dalam dua minggu lagi.”
                “Apa?! Cepatnya!.” kataku separuh menjerit.
                “Tapi Ila tak kisah.  Lagipun, berapa lama kita nak macam ni?”
                “Masalahnya...duit tak cukup. Irwan masih perlukan lebih kurang dua bulan lagi. Lagipun, dalam bulan sebulan dua ni Irwan sibuk.”
                “Laa... apa susahnya, Ila ada duit. Guna duit Ila dulu untuk pertunangan kita,” aku bagi cadangan.
                ”Tak payah Ila! Tak elok macam tu.  Nanti kalau mak tahu, Wan juga yang malu.  Wan tak mau dicop sebagai orang yang tak bertanggungjawab,” tegasnya.
                ”Habis, takkan nak hampakan permintaan mak.”
                ”Tak payah Ila.  Guna duit Wan juga.”
                ”Duit yang selebihnya, Wan nak dapat kat mana?”
                ”Pandai-pandailah Wan nak dapat duit kat mana.  Ila jangan risau,” Irwan memberi jaminan.
                ”Hmm...kalau Irwan dah cakap macam tu, Ila ikut aje.”
                ”Irwan akan cuba terangkan pada mak dengan elok.  Nanti kalau dah confirm, Wan call Ila pastu Ila bagitau pada mak dan ayah Ila. Okey?”
                Okey.”
                Hampir lewat senja, baru aku sampai di rumah.
                

BAB 16 


“Hello...” suara perempuan dengan nada kasar.
“Hello, Assalamualaikum..”
“Hello, Ila!”
“Siapa ni?”
“Awak tak perlu tau siapa saya.”, katanya dengan lebih kasar dari tadi.
“Apa yang awak nak?” soalku.  Juga dengan nada yang kasar. Geram.
“Hahaha...”
Bertambah pedih telingaku mendengar gelaknya.
“Itu pun awak tak perlu tau,” katanya lagi sekali dengan gelaknya yang masih bersisa.
“Apa kena-mengena antara awak dengan saya?!” bentakku dengan nada yang sama.
“Hei! Jangan tanya soalan bodoh pada saya!”
“Habis tu.. awak yang bagi saya jawapan yang bodoh juga,” balasku.
“Awak ni tak fahamlah. Jangan buat saya naik darah!”
“Dengar sini. Siapa yang mulakan dulu. Awak atau saya?!.”, balasku tidak mahu mengalah. Terus panggilan ditamatkan.
Habis hilang mood aku hendak membaca novel. Dahlah tengah khusyuk. Saja nak kacau orang. Tapi, nombor telefon yang dia guna, sama dengan nombor telefon misteri seperti yang sebelum ini. Dengar suara tadi, macam kenal je. Kalau betul Linda, mana dia dapat tau nombor telefon bimbit aku?’ soal hatiku.

Wednesday, June 8, 2011

[ novelku ] - Ceritera Kita 13, 14

BAB 13                

                “Kring...Kring...!!!”
                “Ish... kacau betullah.  Orang nak rehat kejap pun tak boleh.”, getus Irwan.
                “Kring...Kring...!!”
                “Assalamualaikum, Wan.”
                “Wa’alaikumussalam, mak.”
                “Wan, kau kena balik kampung sekarang juga..,” bergetar suara emak Irwan.
                “Kenapa mak?”
                “Wan... ayah kau...”
                “Kenapa dengan ayah mak?”
                “Ayah...ayah kau dah...meninggal,” kedengaran esakkan emaknya di hujung talian.
                Okey, Wan balik sekarang.  Assalamualaikum.”
                “Wa’alaikumussalam.”
                Baru tinggal dua hari lepas, nampak sudah sihat sikit.  Alih-alih ayah sudah meninggal. Innalillahi wa inna ilaihirojiun, hatinya berkata.
           Setelah bersiap ala kadar, Irwan terus memecut ke kampungnya. Dalam perjalanan, dia sempat menelefonku.  Terperanjatku mendengar berita tersebut.  Dia menyuruhku ke pejabat seperti biasa dan memberitahu Linda, bahawa dia mengambil cuti selama tiga hari.  Itu pun setelah aku memberitahunya yang aku akan ke kampungnya sekarang.  Aku mengeluh bila dia melarang. Rasa malas hendak berjumpa dengan Linda.  Pasti dia akan bertanya, ’Kenapa tak ikut sekali dengan pakwe kau tu?’.  Tapi demi Irwan, terpaksa juga aku bersua dengan Linda.
               Esoknya, seperti biasa aku ke pejabat.  Setelah memberitahu Linda tentang Irwan pada awal waktu kerja, aku cuba menjalankan tugasku seperti biasa.  Tetapi hatiku tidak tenteram sepanjang hari itu.  Sebaik saja habis waktu pejabat, cepat-cepat aku pulang ke rumah.  Aku memberitahu emak bahawa aku akan bermalam di kampung Irwan selama semalam, dan bertolak hari ini juga. Emak membenarkan aku pergi.  Setelah mengemas dan solat Asar, aku terus keluar menuju ke kampung Irwan.  Lepas waktu Maghrib baru aku sampai di kampungnya.  Keluarga aku pula akan melawat rumah Irwan hujung minggu ini disebabkan ayah sibuk dengan kerjanya.
              Aku lihat semua orang bersedih, terutamanya emak Irwan.  Sudah aku ajaknya makan sedikit, namun dia menolak.  Irwan pula makan sedikit saja.
         Sejak dari lepas waktu Maghrib hinggalah ke waktu Isyak, tidak putus-putus orang kampung menziarahi rumah Irwan.  Mereka tidak berhenti membaca surah Yaasin.  Lepas waktu Isyak, orang kampung beransur pulang.
                Bila tiba waktu tidur, masing-masing masih menyepikan diri. Masih lagi bersedih.  Aku juga begitu.  Lewat malam, baru kami dapat melelapkan mata.  Aku risau melihat keadaan emak Irwan. Sudah dua tiga kali aku mendengar dia meracau.  Kakaknya sanggup bersenggang mata memujuk emaknya supaya bertenang dan mengucap banyak-banyak.
                Esoknya, dalam pukul 10.30 pagi, aku bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Aku sempat berpesan kepada seluruh ahli keluarga Irwan supaya banyakkan bersabar.  Sebelum bertolak pulang, aku menziarahi pusara ayah Irwan dengan ditemani oleh Irwan.


 BAB 14


                Isshh...siapa lagi ni.  Tak habis-habis nak kacau aku,’getus hatiku.
                Bila aku jawab call, dia pula tak nak cakap,’protesku lagi.
                Sejak kebelakangan ini, aku kerap mendapat panggilan misteri, selalunya pada lewat malam. Ishh...buang tabiat ke orang ni.  Nak telefon, telefonlah betul-betul. Buang masa dan pekakkan telinga aku adalah,protesku lagi, geram.
                Malam esoknya, telefon bimbitku berbunyi lagi. ’Aik, orang yang sama aje.’ Hatiku berkata.   Aku biarkan saja telefon bimbitku.
                “Hello, Assalamualaikum...siapa tu?” aku jawab juga panggilannya.
                “Hello...”
                Diam seketika.
                “Hello...”
                “Hello...siapa tu?”
                “Hello...ni Nadila ke?” soal pemanggil tersebut.
                “Ya, kenapa?”
                “Emm... tak apalah.  Sorry yek!” katanya lantas memutuskan talian.
             Hairan aku.  Mulanya nak cakap dengan aku, pastu tak nak pula.  Pelik, yang telefon tu, orang perempuan. Nak kata kawan aku, rasanya itu bukan suara kawan-kawan aku. Siapa ye?. Pening kepala aku dibuatnya. Entahlah.’, hatiku membuat pertimbangan.