Thursday, January 27, 2011

Coretan ku Suatu Ketika Dulu 2


SEPI     tarikh siap - 22 ogos 2007

Sepi
Buat sekian kalinya
Aku terasa sepi
Sepi
Tetapkan hadir di mana saja
Sepi
Tak ku minta ianya datang
Dan jua pergi
Sepi
Semua pasti merasakannya

Sepi
Betapa sepinya aku
Adakala hadirmu menghilangkan sepiku
Adakalanya juga menciptakan sepiku
Aargghhhh
Aku pening dengan sepi ini
Apa yang patut aku buat?
Biarkan diri ini terus sepi atau apa?
Tolonglah diri ini
Diriku tetap sepi...


Friday, January 7, 2011

Coretan ku Suatu Ketika Dulu 1

Hidup kita adalah lakonan di atas pentas dunia.  Para pelakonnya adalah kita. Setiap kita memainkan watak masing-masing kita melakonkan lakonan atas arahan Yang Esa.  Tapi dalam fikiran kita sebenarnya kosong.  Apa yang berlaku seterusnya, tak kita ketahui.  Berbeza dengan dunia lakonan para artis.  Mereka tahu apa yang akan berlaku seterusnya.  Bermakna dalam diri kita, lakonan seterusnya adalah spontan.  Menangis, ketawa, marah, cinta, benci, rindu semuanya dilakonkan spontan - atas apa yang telah dirancangkan oleh Yang Maha Kuasa.  Maka, terciptalah kata-kata pujangga... - 'Dunia / Pengalaman adalah cikgu terbaik kita.  Sekolah kita adalah kehidupan kita.  Pengalamanlah yang banyak mengajar erti hidup.  "DUNIA ADALAH SEKOLAH KEHIDUPAN"'   

*~*:. REALITI KEHIDUPAN .:*~* :-) 
[...Peace...]

hasil usaha ku [cerpen ku]


PERGILAH DERITA  - tarikh siap: 27 Okt 2010


                Menungan yang panjang Yana lepaskan pada sawah padi yang terbentang luas. Kehijauan yang memukau membuatkan Yana suka termenung di situ.  Selalunya pada setiap petang Yana akan duduk di pangkin di bawah pokok mangga.  Bukan dia tidak ada kawan, tetapi masalah yang timbul tidak elok untuk diceritakan pada kawan-kawan.  Di pangkin itulah dia kerap menangis sendirian dan pangkin itulah juga yang menjadi teman setianya untuk Yana melepaskan segala masalah dan beban yang dihadapinya. Yana akur, macam mana pun, nak atau tidak, dia tetap perlu teruskan hidup.
                Cemburu menguasai diri bila tiap kali Yana memandang kepada kawan-kawannya yang gembira disamping keluarga. Keluarga yang selalu memberi semangat dan boleh diajak berbicara dalam apa jua perkara. Keadaan ini amat berbeza dengan dirinya. Tiap kali hendak berbincang mengenai sesuatu perkara, ibunya mesti hendak menegakkan pendapatnya dan menganggap pendapat orang lain salah, walaupun Yana cuba memperkuatkan perspektifnya. Malah, perkara yang kecil pun mereka boleh berbalah, dan anak-anak akan menerima cacian dari ibunya. Bosan Yana bila diperlakukan sebegini. Malah cacian yang diterima amat-amat menyakitkan hati dan tidak berasas langsung. Sudahnya dia dan adik-beradiknya hanya boleh menadah telinga. Tidak bolehkah ibunya bersikap terbuka, cuba menerima pendapat anak-anaknya, bukannya hanya tahu hendak menyalahkan anak-anaknya sepanjang masa. Yana tahu, tidak semua pendapatnya betul, tapi dengarlah pendapatnya terlebih dahulu sebelum meletakkan andaian negatif. Kalau Yana sudah geram sangat dengan ibunya, dia akan mengutuk ibunya dalam hati. ‘kenapalah ibu selalu berfikiran negatif dan sempit?’. Kata-kata itu cuma terluah dalam hati. Nahaslah kalau dia mengutuk ibunya secara berdepan. Yana tahu perbuatan itu salah. Tapi hendak buat macam mana. Bak kata pepatah ‘keadaan memaksa aku terpaksa’.  Mujurlah ayah dia jenis yang memahami dan senang dibawa berbincang. Maka, pada ayahnya segala masalah dan perkara diceritakan.
                Dulu, Yana bercerita pada kawan karibnya. Tetapi lama-kelamaan Yana sedar dan merasa malu sendiri. Takkan setiap masa dia hendak menceritakan masalah yang sama pada kawan karibnya. Pastinya kawan karibnya itu bosan walaupun kawan karibnya tidak mengatakan sedemikian.
                Maka untuk melepaskan beban, Yana kerap duduk termenung meratapi nasibnya. Yana tahu, setiap orang ada masalahnya dan setiap ubat ada penyakitnya. Tetapi masalah yang satu ini, seakan tiada penyelesaiannya. Meskipun Yana sudah lali dengan keadaan ini, tetapi sampai bila dia mampu bertahan. Ada juga terlintas difikirannya, hendak menceritakan masalah ini pada kaunselor sekolah. Namun akhirnya, perancangan tersebut terkubur begitu saja kerana Yana merasa malu untuk membuka pekung di dada.
                “Yana nak pergi mana?” soal ibunya tiap kali dia melihat Yana melangkah keluar dari rumah.
                “Nak buat ulangkaji kat rumah Eton,” itulah alasan yang diberikan Yana padahal bukan dia ke rumah Eton atau sesiapa saja kawan sekelasnya, tetapi ke pangkin itu untuk menangis. Di situ dia akan menangis sepuas-puasnya. Mujur jugalah pangkin itu jauh dari jalan.
                Diantara derita secara fizikal dan derita jiwa, Yana lebih rela menderita secara fizikal.  Derita secara fizikal kesannya tidak begitu mendalam dan boleh sembuh dengan cepat berbanding dengan derita jiwa (phsycology), yang kesannya amat mendalam dan dirasai sepanjang hayat. Yana juga tidak jemu berdoa agar dikuatkan hati untuk hadapi dugaan ini dan diubahkan sikap ibunya. Yana tahu lambat atau cepat, doanya akan dimakbulkan. Dan jalan penyelesaian yang terakhir ialah tawakal. Yana berserah semuanya pada ALLAH kerana ALLAH menyayangi dan memperkenankan doa hambaNya yang teraniaya.
                Ada juga pernah terlintas di fikiran Yana untuk melarikan diri dari rumah tetapi tidak menjadi. Rasa hendak bunuh diri pun ada. Tetapi iman masih ada dalam diri. Manusia tidak berhak untuk mencabut nyawa sesiapa pun hatta diri sendiri. Islam melarang keras untuk sama ada membunuh diri sendiri ataupun orang lain. Hanya ALLAH yang berkuasa untuk mengambil nyawa hambaNya. Malah, sesiapa yang bunuh diri hukumannya, digolongkan sebagai orang kafir dan dia tidak boleh ditanamkan diperkuburan Islam. Yana tahu hukum itu, kesiankan ayah dan adik-beradiknya dan sampai bila dia hendak mengharapkan ihsan orang luar untuk berikan dia makan dan minum sekiranya dia nekad untuk lari dari rumah. Takkan pula dia hendak mengemis. Maka dengan pesan dalam hati, Yana kuatkan semangat untuk berdepan dengan ibunya.
                ‘Bilalah derita ini akan berakhir. Aku sudah penat, jemu dan lelah untuk hadapinya. Aku sudah tiada kuasa untuk tempuhinya. Bilakah bahagia akan menjelma? Aku nak rasa bahagia walaupun seketika. Pergilah derita.’ Yana berdialog dengan diri sendiri.
                Akhirnya, Yana dapat melanjutkan pelajarannya ke peringkat diploma di salah sebuah kolej awam. Yana bersyukur kerana dia masih dapat menumpukan pelajarannya ketika SPM walaupun masalah ibunya itu masih juga tidak selesai.  Bercinta semasa di kolej merupakan perkara lumrah. Masakan tidak, pelajar-pelajar sekolah menengah pun sudah pandai bercinta. Yana pun tidak terkecuali. Mulanya dia merasa takut kerana takut ibunya tidak boleh menerima pilihannya-Kamal dan takut Kamal tidak boleh menerima sikap ibunya. Pening kepala dia memikirkan hal ini. Pada peringkat permulaan, mungkin tidak menjadi masalah kerana merasakan mereka hanya berkawan biasa saja. Lama-kelamaan, Yana terpaksa juga memikirkan ketakutannya itu memandangkan Kamal betul-betul hendak menyuntingnya. Pelbagai jawapan yang difikirkan untuk menjawab sebarang soalan yang mungkin akan ditanya oleh ibunya. Dengan berat hati, Yana terpaksa juga memberitahu kepada Kamal tentang sikap ibunya. Kamal hanya mengangguk dan tersenyum dengan penjelasan Yana.
                “Yana tak usah risau pasal sikap ibu Yana. Kamal akan cuba memahami sikap ibu  Yana.” Yana tersenyum lega dengan ucapan itu.
                “Lagipun, ibu Yana tidak ada kuasa dalam soal perkahwinan ini. Ayah Yana yang jadi wali. So, ayah Yana lagi berhak.”
                “Itu Yana tahu. Tapi bukan ke nak kahwin ni perlu juga restu mak dan ayah?” soal Yana bimbang.
                “Kamal rasa, dalam diam ibu Yana akan merestui kita nanti. Kalau dia betul tak sukakan Yana, dah lama dia halau Yana. Tapi dia tak buatkan? Mulut aje cakap, tapi dia tak buatkan?. Mak mana yang tak sayangkan anaknya.”
                ‘Eh, sejak bila dia ni faham sikap ibu aku pula’, komen aku dalam hati. Aku mengangguk puas dengan kata-kata Kamal.
                Bila perkahwinan Yana dilangsungkan, Yana berasa teramat gembira kerana ibunya merestui dan boleh menerima Kamal. Perkara yang paling Yana gembira dan bersyukur sangat ialah dia dapat bersuamikan dengan seorang lelaki yang amat memahami dan menyayanginya. Segala luahan hati Yana mengenai ibunya, akan dibalas dengan kata-kata semangat dan nasihat oleh Kamal. Kini, Yana dapat tersenyum puas kerana derita jiwanya telah pergi buat selamanya.