Friday, June 24, 2011

[ novel ku ] - Ceritera Kita 15, 16


BAB 15 

                Semuanya sudah berjalan seperti biasa.  Irwan sudah kembali ke pejabat, tetapi dia masih lagi bersedih.
                “Wan...  are u okey?”soalku ketika makan tengahari.  Tiada respon.
                “Waan...”ku kuatkan sedikit suara.
                “A...apa?”
                “Kenapa Wan?”
                “Err... takde apa-apalah.  Masih teringat kat kampung.”
                “Bersabar je lah.  Doakan semoga roh ayah Wan bahagia di sana.”
                “Hmm....”
                Sepi.
                “Ila..”
                “Ya.”
                “Temankan Wan petang ni boleh?”
                “Nak buat apa?”
                “Saja...jalan-jalan. Pukul 5 okey?”
                “Emm,, okey.”
                Kami cepat-cepat habiskan makanan kerana tinggal beberapa minit lagi masa rehat akan habis.  Aku nampak muka Linda kelat bilaku lalu di depannya.

                Seperti yang dijanjikan, kami terus keluar sebaik sahaja masa waktu bekerja tamat. Sepanjang perjalanan, tiada suara yang kedengaran kecuali lagu-lagu yang diputarkan di radio.    Irwan bersikap pelik hari ini.  Aku hairan.
                Sampai di kawasan rekreasi, kami menuju ke sebuah bangku yang menghadap tasik.  Tenang sungguh air tasik itu.  Irwan masih mendiamkan diri.  Seperti ada sesuatu yang berat menimpanya.  Aku tahu hatinya tidak setenang air tasik itu sekarang ini.  Aku membiarkan dia mengambil kekuatan sebelum dia nyatakan padaku.  Kami masih menyepikan diri buat sekian kalinya.
                “Ila..” katanya memecah kesunyian.
                “Ya” kataku lembut.
                “Linda masih ganggu Ila lagi ke?”
                “Ha’ah, tapi Ila dah lali dengan dia.”
                “Ila jangan bimbang dengan Linda tu. Nanti dia senyap sendiri.”
                “Wan jangan risau. Ila boleh handle lagi dengan Linda tu.”
                “Hmm..”
                Sepi lagi.
                “Kenapa Wan? Macam ada masalah besar aje.  Ila rasa soalan tadi bukan benda yang Wan nak cakap kan?” dugaku.
                “Betul... ada perkara yang lebih penting.”
                “Cuba bagitau... kut-kut Ila boleh tolong,” terangku bersungguh-sungguh dan ikhlas.
                “Wan boleh bagitau Ila, tapi mungkin Ila tidak dapat tolong,” jelas Irwan.
                “Kenapa? Masalah syarikat ke?”
                “Syarikat pun ada masalah, tapi ni masalah lain.”
                “Terus-terang je la..”
                “Hmm... sebenarnya... masalah ni tentang kita.”
                “Tentang kita? Kenapa?”
                “Ila... mak suruh kita bertunang secepat mungkin.  Kalau boleh dalam dua minggu lagi.”
                “Apa?! Cepatnya!.” kataku separuh menjerit.
                “Tapi Ila tak kisah.  Lagipun, berapa lama kita nak macam ni?”
                “Masalahnya...duit tak cukup. Irwan masih perlukan lebih kurang dua bulan lagi. Lagipun, dalam bulan sebulan dua ni Irwan sibuk.”
                “Laa... apa susahnya, Ila ada duit. Guna duit Ila dulu untuk pertunangan kita,” aku bagi cadangan.
                ”Tak payah Ila! Tak elok macam tu.  Nanti kalau mak tahu, Wan juga yang malu.  Wan tak mau dicop sebagai orang yang tak bertanggungjawab,” tegasnya.
                ”Habis, takkan nak hampakan permintaan mak.”
                ”Tak payah Ila.  Guna duit Wan juga.”
                ”Duit yang selebihnya, Wan nak dapat kat mana?”
                ”Pandai-pandailah Wan nak dapat duit kat mana.  Ila jangan risau,” Irwan memberi jaminan.
                ”Hmm...kalau Irwan dah cakap macam tu, Ila ikut aje.”
                ”Irwan akan cuba terangkan pada mak dengan elok.  Nanti kalau dah confirm, Wan call Ila pastu Ila bagitau pada mak dan ayah Ila. Okey?”
                Okey.”
                Hampir lewat senja, baru aku sampai di rumah.
                

BAB 16 


“Hello...” suara perempuan dengan nada kasar.
“Hello, Assalamualaikum..”
“Hello, Ila!”
“Siapa ni?”
“Awak tak perlu tau siapa saya.”, katanya dengan lebih kasar dari tadi.
“Apa yang awak nak?” soalku.  Juga dengan nada yang kasar. Geram.
“Hahaha...”
Bertambah pedih telingaku mendengar gelaknya.
“Itu pun awak tak perlu tau,” katanya lagi sekali dengan gelaknya yang masih bersisa.
“Apa kena-mengena antara awak dengan saya?!” bentakku dengan nada yang sama.
“Hei! Jangan tanya soalan bodoh pada saya!”
“Habis tu.. awak yang bagi saya jawapan yang bodoh juga,” balasku.
“Awak ni tak fahamlah. Jangan buat saya naik darah!”
“Dengar sini. Siapa yang mulakan dulu. Awak atau saya?!.”, balasku tidak mahu mengalah. Terus panggilan ditamatkan.
Habis hilang mood aku hendak membaca novel. Dahlah tengah khusyuk. Saja nak kacau orang. Tapi, nombor telefon yang dia guna, sama dengan nombor telefon misteri seperti yang sebelum ini. Dengar suara tadi, macam kenal je. Kalau betul Linda, mana dia dapat tau nombor telefon bimbit aku?’ soal hatiku.

No comments:

Post a Comment