“Cepat!!!... semua berbaris di padang sekarang. Kalau lambat, pusing padang 20 kali!”
“Isskhh...orang baru balik dari ceramah, tak sempat minum air pun, dah suruh berbaris di padang. Apa! Dia ingat kita ni robot ke?!...tak minum, tak makan, tak penat. Asyik ikut arahan dia 24 jam,” bebelku sendirian sambil berjalan ke padang.
“Ila, awak bebel apa tadi?” tegur pengerusi minggu orientasi.
“Aa..err...tak ada apa-apa.” Kataku sambil tersengih.
Bila masa dia ada kat sebelah aku. Nasib baik aku tak cakap kuat-kuat tadi. Kalau tak, memang nahas, bisik hatiku. Aku malu tidak terkata.
Minggu orientasi di kolej aku di buat sebanyak dua kali. Pertama untuk peringkat kolej, iaitu melibatkan semua pelajar baru pelbagai negara. Kedua, dibuat mengikut negara, iaitu para pelajar baru diasingkan mengikut negara asal mereka.
“Ila... termenung nampak. Teringat kat ‘abe’ ke?”
“Eh... merepeklah kau ni Tini. Mana ada. Kita masih single lagi ma.”
“Habis tu?”
“Teringat masa second orientation kita dulu. Nak tergelak bila diingatkan balik.”
Memang kejadian itu yang paling susah untuk dilupakan. Nasib baik orang tidak ramai lagi. Kalau tidak, malu aku, hatiku berkata.
“Ha!!... kau cakap pasal orientasikan.. aku baru teringat sesuatu.”
“Apa?”
“Kau ingat lagi tak... singa lapar tu?”
“Kau ingat lagi tak... singa lapar tu?”
“Ingatlah, apa pula tak ingat. Kenapa?”
“Hmm... kau dengar ye apa yang aku nak cakap ni. Mesti kau tak percaya.”
“Ishh... macam-macamlah kau ni. Cepatlah cakap.”
“Tapi kau jangan terkejut pula.”
“Emm ya lah. Cepatlah,” desakku lagi. Sebenarnya aku malas hendak layan Tini waktu macam ini.
“Tadi aku terserempak dengan dia on the way ke sini...”
“So?”
“Dia... dia... hahahaha....” terbahak-bahak Tini gelak.
“Kenapa gelak? Apa yang lawaknya? Dia jadi badut ke?” geram aku, teramat-amat geram. Nanti kena karate, padan muka. Suruh orang dengar betul-betul, dia main-main pula.
“Taaakkk... dia....dia kirim salam kat kau,” jawab Tini dengan sisa-sisa ketawanya.
“What?!! Singa lapar tu kirim salam kat aku?! Tak percaya, aku tak percaya. Dunia terbalik pun aku tidak percaya!!”. Aku amat terkejut dengan perkara itu. Ya lah. Dia itu terlampau garang, macam singa lapar. Siapa pun tidak suka walaupun muka hampir macam muka Takenouichi Yutaka. Sesuai saja gelaran itu dengan pengerusi minggu orientasi, dan tidak lain tidak bukan, Irwan – Syed Irwan bin Syed Irfan.
“Pergi mampuslah dengan singa lapar tu!!” protes ku.
“Ila kau nak tau tak?”
“Apa lagi?”
“Aku kesian dengan dia... dia tidak serik-serik juga selalu kirim salam pada kau.”
“Apanya... lantak dialah. Dia punya pasal, dia settle sendirilah. Aku tetap tak mau jawab salam dia!” tegasku. Hmm... terpaksalah aku jawab salam dia dalam hati kerana dalam Islam, wajib jawab salam.
“Well...baiklah, depend on you. Apa pun sebelum aku terlupa, dia hendak jumpa kau pukul 5 petang ni di kafe. Katanya, nak bincang pasal assignment.”
‘Alaa... ni yang lemah ni. Apalah malang nasib aku dapt satu kelas ekonomi dengan dia, dan yang lebih malang lagi, aku satu kumpulan assignment dengan dia’ ngomelku perlahan. Jadi, mahu tak mahu, aku terpaksa jumpa dia juga.
“Eh!... Ila, aku ingat la, rasanya dia sudah tangkap cintan dengan kau la.”
“Ishhh... takkanlah... simpang malaikat 44.”
“Cuba kau fikir logik sikit, kalau dia tak suka kau, dia takkan buat macam tu.”
“Ah... biarlah. Tak kuasa aku hendak layan dia.”
“Tapikan... aku rasa dia betul-betul minat pada kau,” kata Tini lagi.
“Eh Tini, kau jangan sebut nama dia lagi boleh tak?” marahku.
“Okey, okey. Sorry.”
“Dah la, aku ada kerja nak buat ni. Kau jangan kacau ek..”
“Hmm....”, Tini pun berlalu meninggalkan aku.
No comments:
Post a Comment