Bab 9
“Ila, masuk bilik saya sekejap,” arah Irwan melalui interkom. Seketika kemudian, aku sudah berhadapan dengan bos aku.
“Ni kenapa ada silap ni?”
“Sa...Saya tak perasan tadi encik. Saya minta maaf.”
“Senaaang je kau jawab. Awak tahu tak, saya tak suka pekerja saya buat kerja sambil lewa.”
“Senaaang je kau jawab. Awak tahu tak, saya tak suka pekerja saya buat kerja sambil lewa.”
“Saya minta maaf encik. Saya takkan buat silap lagi lain kali,” terangku.
“Okey, kali ini saya maafkan awak. Lain kali, kalau awak buat silap lagi, saya tidak akan teragak-agak kenakan denda terhadap awak, faham!” tegas Irwan. Dia menekankan suaranya pada perkataan faham.
“Faham encik”, ucapku sambil mengangguk lemah.
“Awak boleh keluar.”
“Baik encik.” kataku antara dengar tidak dengar.
Sampai saja di meja, aku hampir menitis air mata. Tidak pernah sekali Irwan memarahiku, sejakku mula bekerja di sini sebagai Pembantu Pegawai Tadbir, tiga minggu yang lalu. Namun apakan daya, aku terpaksa menerima arahannya, walaupun hatiku memberontak hebat.
***********************************
“Kak Ila...!Kak Ila!”
“Kenapa?” soalku pada Azlin.
“Ni ha! Ada surat untuk Kak Ila.”
“Oh!...terima kasih.”
Betapa gembiranya aku, bila mendapat tawaran bekerja di Syarikat Iman, iaitu syarikat Irwan. Walaupun sebagai Pembantu Pegawai Tadbir, tetapi ku bersyukur. Kerana itulah peluang kerjayaku yang pertama. Tambahan pula, di bawah pengurusan Irwan.
“Mak...Ayah. Lihat ni!”
“Apa dia?” soal emak.
“Ila dapat kerja di syarikat Irwan mak, ayah. Tengoklah”, terangku.
“Macam mana mak, ayah. Boleh tak?” soalku.
“Terpulanglah pada kamu Ila, ayah tak menghalang. Lagipun, di sana ada Irwan. Sekurang-kurangnya, dia boleh tengok-tengokkan kau”, cadang ayah sambil memandang emak. Emak mengangguk saja, tanda setuju dengan pendapat ayah. Itulah hari yang paling gembira dalam hidupku. Tak sabar rasanya hendak bekerja di sana.
************************************
“Itulah kau...lain kali buat kerja tu, teliti sikit. Takkan kau tak tau, Irwan tu tak suka pada kerja yang ada kesilapan, walau sekecil mana pun. Bagi dia, dengan kesilapan yang kecil boleh menyebabkan kesilapan yang besar pada syarikat. Dan kau, jangan malukan syarikat dengan memalukan dia. Dan jika kau dah tak boleh buat kerja tu dan buat silap lagi, lebih baik kau berhenti saja. Syarikat, tambah-tambah lagi aku, tak perlukan khidmat kau. Aku pun boleh lakukan semua kerja tu sendiri.” Terang Linda dengan nada menyindir, Penolong Pegawai Tadbirnya bila dia mendengar aku dimarahi sebentar tadi.
‘Eleh...ingat dia sorang je yang betul,’hatiku berkata geram. Aku buat tidak tahu saja apa yang dicakapkan oleh Linda tadi.
“Irwan...jomlah kita lunch sama-sama,” kata Linda dengan nada suara yang manja dan liuk lentuk tubuhnya yang menggoda.
“Tak payah. Awak boleh keluar dengan staf lelaki lain yang boleh faham taste awak!” tegas Irwan.
“Alaa... diorang tu tak bestlah. Boleh lah yek! Hari ni I ada surprise untuk you,” pujuknya lagi.
“Linda... tolonglah, saya tak ada masa nak layan awak hari ni. Pergilah cari staf lelaki yang lain,” tegas Irwan sekali lagi dengan nada suara yang tinggi.
“Okey, tak apalah kalau you tak mau lunch dengan I tapi... jangan lupa call I malam ni. Okey, bye.” Ucap Linda sambil menuju ke pintu.
“Hmm...” Irwan mengeluh.
Bukan sekali dua Linda cuba untuk mengajak Irwan lunch bersama, malah hampir setiap hari. Tapi semua ajakan Linda ditolaknya mentah-mentah dengan bermacam-macam alasan yang difikirkannya logik. Dengan sebab itulah, aku bangga dengan Irwan walaupun hatiku sering gusar memikirkannya. Itulah yang sering aku dengar dari staf-staf lain. Aku cuma mendengar saja, malasku hendak mengulas tentangnya. Biarlah Irwan sendiri yang menyelesaikan masalah itu.
Linda, seperti kata staf-staf yang satu jabatan dengan kami, ialah seorang wanita yang sosial. Setiap malam dia akan pergi ke pub. Pakaiannya seksi walaupun di pejabat. Ramai juga staf-staf yang kurang senang dengan Linda.
Irwan pula, seorang yang tegas, berpendirian tetap, mementingkan displin dan komitmen terhadap kerja. Namun, dia seorang yang penyayang dan berfikiran terbuka. Wajahnya yang kacak dan berkulit cerah, menjadikan staf-staf wanita muda terpikat padanya, termasuklah Linda yang galak cuba memikatnya. Aku amat geram dengan perbuatan Linda.
Bab 10
“Apa yang Ila menungkan tu?”, tegur Irwan.
“A...apa dia?” kataku terkulat-kulat menahan malu ditegur oleh Irwan.
“Ila tengah fikirkan apa tadi?”
“Err...em... tidak ada apa-apalah,” kataku. Irwan menggelengkan kepala melihat sikapku.
“Ila nak minum apa?” soal Irwan bila pelayan restoran datang memesan makanan.
“Fresh orange.”
“Makan?”
“Emm...nasi pataya.”
“Bagi fresh orange satu, teh limau ais satu, nasi pataya dua.” Kata Irwan pada pelayan tadi.
“Kenapa Wan ajak Ila makan?”
“Tak ada apa-apa. Saja nak ajak Ila makan, lepas tu kita keluar jalan-jalan, boleh? Lagipun, dah lama kita tak jumpa di luar waktu pejabat. Minggu lepas Wan sibuk. Jadi, hari ni Wan nak luangkan masa dengan Ila. Bolehkan?”
“Hmm...okey,” hatiku melonjak gembira.
Sepanjang hari, aku amat gembira dapat keluar dengan Irwan. Tanpa disedari, kami sedang diintip oleh seseorang.
“Irwan, petang ni jumpa I di Taman Tasik pukul 4.30 okey. Datang tau, jangan beralasan lagi”, talian telefon terus diletakkan tanpa memberi peluang kepada Irwan untuk berkata. Irwan cuma mengeluh. Dia tahu siapa yang menghubunginya tadi.
”Apa lagi yang you nak?” soal Irwan.
Linda terus berjalan tanpa mempedulikan soalan Irwan. Irwan geram lantas dia memintas Linda dan berdiri menghadap Linda. Linda terkejut dan mengalihkan badannya ke kiri. Hatinya geram dengan apa yang dilihatnya semalam.
“Apa hubungan you dengan Ila?”
“Tak ada apa-apa. Cuma hubungan antara majikan dengan pekerja,” jelas Irwan.
“Tapi kenapa I nampak you mesra sangat dengan Ila?”
“So.. semalam you intip kamilah ye?”
“Ya!”
“Apa salahnya, tak kan itu pun tak boleh?”
“You boleh tanya soalan tu? You tau tak yang I ni geram sebab you tolak ajakan I, tapi you senang-senang boleh jumpa Ila. Mesra lagi tu! Apa kurangnya I? I kenal you dulu dari dia!” Linda meluahkan segala apa yang terbuku dihatinya.
“You tanya apa kurangnya diri you? Jawapannya ada pada diri you sendiri. Cerminlah diri you dulu!” terang Irwan dengan tegas, lantas dia pulang begitu saja, membiarkan Linda terpinga-pinga. Hati Linda sudah panas, sekarang bertambah panas dengan kata-kata Irwan.
‘Ahh...malaslah nak layan perempuan gatal. Lagi dilayan, lagi naik lemak. Silap haribulan, aku boleh jadi penghuni rumah sakit jiwa dengan sukarelanya.’ protes Irwan dalam hatinya.
‘Ila...,jangan risau tentang diri Wan, terutamanya hati ini. Wan tetap ingatkan Ila setiap masa. Wan tak kan musnahkan cinta kita. Wan tak rela semua itu berlaku. Wan amat menyayangi dirimu,’ hatinya berbisik.
No comments:
Post a Comment