Bab 8
Cuti sekolah akhir tahun sudah pun bermula. Azlin dan Ucu sedang bermain bersama-sama. Azlin tahun depan akan memasuki Tingkatan 4. Keputusan PMRnya kan diumumkan dua minggu lagi. Kemungkinan dia ingin memasuki sekolah lain pula. Itu bergantung kepada keputusan PMRnya. Ucu pula akan memasuki Tahun 4.
Ayah kata, menurut Kak Ila, dia akan balik ke Malaysia lusa. Ayah juga berjanji akan membeli buku cerita atau pelajaran, selepas mengambil Kak Ila. Azlin tidak mahu melepaskan peluang. Dia hendak mengikut ayah untuk memilih novel terbitan Ghost Writer nanti. Ucu pula, ayah akan belikannya buku aktiviti berbentuk pelajaran.
Akhirnya, kapal terbang yang aku naiki sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Selepas mengambil beg, aku pun bergerak ke luar sambil menunggu ayah.
“Isshh... mana ayah ni. Kata pukul 11.00 nak jemput, ni dah pukul 11.20!” rungutku. Aku berjalan ke depan sikit. Aku sudah tidak sanggup menjadi penunggu setia.
“Ayah, ayah... tu Kak Ila!” jerit Ucu.
Aku terdengar jeritan Ucu, lantas segera menuju ke arah mereka.
Selepas bersalaman, kami ke gerai makanan yang sedia ada di dalam lapangan terbang, untuk makan tengahari. Kemudian, baru kami bertolak ke Seberang Jaya.
“Ayah, awat lewat mai tadi?” soalku.
“Tadi…ohh, traffic jam”, terang ayah, manakala yang lain sudah tidur keletihan.
“Bangkit, bangkit! Kita dah nak sampai ni!”. kejutku pada Azlin dan Ucu. Cepat-cepat mereka meminta ayah untuk tunaikan janji.
Tiba di Bandar Perda, ayah belok ke kiri dan menuju ke Kedai Buku Harfa. Setelah sampai, kami semua masuk ke dalam ke kedai tersebut. Aku turut mencari novel terbitan Alaf 21 dan Novel Creative. Kemudian, kami terus pulang ke rumah.
Sebaik saja meletakkan beg di tepi dinding bilik, aku terus tidur kerana kepenatan.
Keesokkan harinya, seperti biasa aku menolong ibu di dapur. Di sebelah petang atau malam, aku mengajar Azlin dan Ucu dalam pembelajaran mereka. Di samping itu, aku cuba mencari pekerjaan melalui surat khabar dan internet. Lapang juga hatiku, bila sudah tidak perlu lagi memikrkan lagi tentang pelajaran. Ada juga dalam dua atau tiga kali dalam seminggu aku menelefon Irwan. Seronok juga dapat mendengar suaranya, setelah setahun jarang sekali aku dengar suaranya. Terubat rinduku padanya.
Dekat seminggu rasanya, aku sudah tinggalkan Australia. Rindu pula rasanya pada kawan-kawan di sana. Agak susah untuk berhubung dengan mereka. Ada juga ku hantar e-mel dan poskad pada mereka, cuma beberapa orang yang membalas balik. Kata mereka, sekarang musim panas. Mesti mereka seronok berjalan-jalan atau berjemur di pantai. Ataupun pergi melancong. Segala kenangan bersama mereka terlintas di fikiranku. Segala-galanya amat indah.
“Okey, kita sekarang di KL. Ada sesiapa boleh bagi cadangan kita nak ke mana?” soal ayah.
Kami berebut-rebut menyebut tempat-tempat yang menarik di KL, mengikut citarasa masing-masing. Antaranya ialah KLCC, KL Tower, Pusat Sains Negara dan lain-lain lagi.
“Khabaq betul-betul. Korang nak ke mana?” kata ayah sambil menggelengkan kepalanya. Kami semua senyap, tidak tahu hendak ke mana.
“Kita pergi KL Tower, KLCC dan Muzium Kesenian Islam, okey?”
“Yeeyyy...” jerit kami serentak. Keadaan menjadi kecoh seketika.
Kami semua seronok dapat mengunjungi KL Tower, KLCC dan Muzium Kesenian Islam. Banyak pengetahuan yang kami perolehi sambil berhibur di tempat-tempat tersebut. Bukannya senang dapat keluar berjalan-jalan sebegini. Maklum sajalah, ayah sibuk bekerja. Jadi kesempatan begini, tambahan pula pada musim cuti sekolah, kami keluar berjalan-jalan. Memang inilah kenangan yang paling manis dalam hidupku.
No comments:
Post a Comment