Sungguh pantas masa berlalu. Kini aku berada di tahun akhir pengajianku. Hari ini, semua pelajar yang sama kemasukan denganku, akan menerima ijazah. Semua pelajar memakai jubah dan topi berumbai di tepi bahagian kanan yang telah disediakan oleh pihak kolej.
Semua tetamu dan pelajar sudah berkumpul di dalam dewan untuk menyaksikan acara yang penuh sejarah dan gemilang ini.
Beberapa minit kemudian, terdengar suara pengerusi majlis memulakan acara. Kemudian seorang demi seorang siswazah dipanggil untuk menerima ijazah.
Di akhir majlis, kami mengambil peluang untuk bergambar bersama-sama para pensyarah, rakan-rakan dan juga waris-waris yang hadir. Aku juga tidak melepaskan peluang ini, yang merupakan kenangan terakhir kami di bumi asing ini.
Petang itu, aku berkemas ala kadar saja. Aku ingin tinggal ditinggal di sini empat hari lagi. Zila dan Tini pun begitu. Aku akan pulang ke Malaysia bersama-sama pakcik dan makcikku. Pakcik dan makcikku mengajakku dan rakan-rakanku bersiar-siar sambil melawat tempat-tempat yang menarik dan bersejarah bermula esok hari, hinggalah ke hari terakhir kami di sini. Selamat tinggal Australia! Banyak kenangan pahit dan manis aku lakarkan di atas bumimu!.
Bab 7
Syarikat Irwan akan mengadakan Hari Anugerah dua minggu lagi. Semua stafnya sibuk membuat persiapan untuk hari tersebut, pada akhir tahun ini.
Kini, segala persiapan sudah siap, dewan sudah dihias cantik dan moden, cuma menunggu hari esok, segalanya akan bermula.
Setelah semua staf, para tetamu dan para tetamu khas yang dijemput sudah berada di dalam dewan, pengerusi majlis pun memulakan acara. Pengarah dijemput untuk memberi ucapan, beberapa tetamu khas turut dijemput untuk memberi sedikit ucapan dan tidak ketinggalan juga, para pengurus setiap bahagian turut dijemput untuk memberi sepatah dua kata.
Kemudian, seorang demi seorang pekerja yang akan mendapat anugerah dipanggil. Setelah majlis selesai, semua yang hadir dijemput untuk menikmati jamuan khas yang disediakan.
Irwan diberi Anugerah Pengurus Pentadbiran Kanan Terbaik untuk tahun ini – tahun 1999.
No comments:
Post a Comment