“Syed, kau cuba dapatkan maklumat yang lengkap dari kilang LEB.”
“Baik cik..” Syed patuh pada arahan majikannya.
“Man, beritahu semua staf bahagian pengurusan ada meeting pukul 10.00 pagi esok, penting. Semua staf mesti hadir,” arah Irwan melalui interkom.
‘Hmm...baru pukul 1.00 petang, 15 minit lagi lagi masuk waktu Zuhur, pastu lunch....apa nak buat sekarang ni...’ bisik hati kecil Irwan. Lantas, tangannya mencapai telefon bimbitnya, lalu ditekannya punat-punat di telefon bimbitnya, memeriksa pesanan yang dirakam.
Hampir kesemua pesanan yang diterima mengenai urusan kerja. Akhir sekali baru dia mendapati pesanan dari Azlin. Dia pun terus mendail ke rumah Azlin untuk menjawab pertanyaan Azlin, serta memberitahu serba-sedikit tentang dirinya dan tidak lupa juga bertanyakan tentang keluarga Azlin.
Sebaik saja habis lunch, Irwan terpaksa pula uruskan temuduga kepada orang ramai yang ingin bekerja di syarikatnya. Pening kepala dibuatnya. Mana tidaknya, dia tidak pernah menemuduga orang. Tambahan pula, rakannya yang ditugaskan untuk kerja ini mengambil cuti sakit. Hampir tamat waktu pejabat, baru dia dapat menghabiskan tugasan yang maha berat itu.
“Wan, kau free tak balik ni?” tanya Zaini.
“Kenapa?”
“Boleh tak kau tumpangkan aku ke bank jap?”
“Sorry lah Zai, aku letihlah. Esok je la ye..”
“Hmm, okeylah kalau gitu. Jangan lupa esok ye..”
“Okey Zai, aku balik dulu.”
Malam itu, dia dapat berita dari ibunya, bahawa ayahnya sakit tenat. Letihnya belum hilang lagi, kini dia terpaksa bekejar pulang ke kampungnya.
Dalam perjalanan, dia menelefon ibunya untuk mengetahui keadaan terkini ayahnya. Ibunya memberitahu ayahnya telah dimasukkan ke ICU sebentar tadi di Hospital Besar Perak. Dia terus memecut laju di Lebuhraya Utara-Selatan.
No comments:
Post a Comment