30 OKTOBER 1997
43, Lorong Haji Taib,
Taman Seri Cahaya,
34502 Seberang Jaya,
Pulau Pinang,
Malaysia.
Ke hadapan Kak Ila yang disayangi selalu. Kami sekeluarga di sini sihat saja. Diharapkan Kak Ila di sana sihat juga.
Bagaimana dengan akak di sana? Dapatkah akak menyesuaikan diri di negara orang? Rasa Azlin, akak dapat sesuaikan diri dengan baik. Bagaimana pula dengan cuaca di sana? Kalau tak silap sekarang musim sejuk betul tak?
Keadaan di sini kadang-kadang hujan, malah di beberapa negeri mengalami banjir. Tapi, Al-hamdulillah di Pulau Pinang tak banjir, tapi kena berjaga-jaga.
Kak Ila, mak pesan akak kena pakai baju sejuk dan tebal kalau nak keluar dan jangan lupa selalu minum air masak tiap-tiap hari. Maklum sajalah...akak tak tahan dengan cuaca yang terlampau sejuk.
Walau bagaimanapun, kami di sini berharap akak jaga kesihatan dengan baik. Jangan terlalu pentingkan pelajaran, kesihatan tu kena jaga juga.
Okeylah, cukup setakat ini saja. Takut ganggu pelajaran akak pula. Mak, ayah dan semua orang termasuk Abang Irwan kirim salam dengan lafaz “Assalamualaikum”. Jangan lupa balas secepat mungkin ya! Wassalam.
Dari adikmu,
Azlinaaf
Sudah berapa kali aku baca surat itu. Entah bila pula hendak aku balas. Maklum sajalah sekarang ini aku sibuk dengan assignment aku mengenai subjek Sejarah di Australia. Mungkin dalam seminggu dua ini, aku akan balas. Buat emak dan ayah, terima kasih banyak-banyak diatas keperihatinanmu mengambil berat tentang diriku. Insya-ALLAH, dalam setahun lagi, aku akan dapat menggenggam ijazah, tanda kebanggaan kalian.
“Ila...cepatlah. Karang lambat pula nak bershopping ni...!”
“Ye...nantilah kejap!”
Cepat-cepat aku lipat dan menyimpan semula di dalam laci. Pantas saja aku capai baju sejuk yang tergantung di tepi pintu bilik asramaku.
“Eh, Zila kau nak beli apa hah?”
“Entahlah aku pun tak tau nak beli apa, tapi semestinya hadiahlah, apa lagi.”
“Kau tak nak beli makanan ke? Makanan kita dah nak habis,” tanya Tini.
“Aa, Ila. Kau sajalah yang beli makanan, boleh tak?” cadang Zila.
“Laa, korang ni. Pasal makanan je, mesti aku yang uruskan. Apsal tak korang saja yang uruskan, hah? Ingat korang saja yang nak beli hadiah, aku pun nak beli jugaklah,” hampir saja aku memarahi mereka, tapi aku tahan.
“Laa, Ila. Bukannya maksud kami macam tu... Okeylah, semua orang beli hadiah dan makanan masing-masing boleh?”
“Tapi...”
“Tapi apanya Tini? Kau ni kan...time camni lah kau nak timbulkan masalah!” tegur Zila geram.
“Aku tak cukup duitlah. Aku tak ambil lagi duit bulan ni..” terang Tini.
“Tak apalah, nanti kita singgah bank dulu, baru kita pergi Mall,” cadangku.
“Okey!” riang Tini menjawab.
“Waww! Ramainya orang.” Hampir terkejut Zila sebaik saja kami sampai di pintu masuk Westfield Mall.
“Laa’eh...takkan kau tak tau lagi. Hari Natal dah nak dekat, mestilah ramai orang nak beli hadiah,” terang Tini.
Kami bertiga melangkah masuk ke bahagian hadiah dulu. Semua hadiah cantik-cantik belaka, hinggakan kami rambang mata untuk memilih hadiah untuk kawan-kawan di Hari Natal nanti.
“Eh, kek ni sedaplah. Kau nak beli tak?”
“Tak naklah. Tengoklah harganya pun cekik darah”.
Aku ambil beberapa jenis roti, sebotol air, dua bungkus biskut dan juga beberapa jenis makanan tin yang halal. Cuma hanya di sini, kedai yang paling dekat untuk membeli makanan yang halal, bagi pelajar-pelajar yang beragama Islam, yang sekolej dengan kami. Malah bagi kami, gemar berjalan kaki ke sini, terutamanya musim sejuk. Sekurang-kurangnya dapat memanaskan badan.
“Five, four, three, two one!!! Merry Christmas and Happy New Year everyone!!!”
Betapa meriahnya orang-orang yang beragama Kristian menyambut Hari Natal.
“This present is for you Geena.”
“Thank you Tini. May God bless you.”
“You’re welcome.”
“This is for you Sarah.”
“Thank you.”
Kami saling bertukar-tukar hadiah sesama rakan-rakan yang kami kenali. Sepanjang malam kami bergembira menyambut Hari Natal. Esoknya diisytiharkan cuti. Sepanjang malam semalam dalam menyambut Hari Natal, aku terbayang betapa meriahnya nanti, bila umat Islam akan menyambut Hari Raya Puasa tidak lama lagi. Tidak sampai sebulan lagi, seluruh umat Islam akan berpuasa.
Hari ini, kami mengemas bilik. Masing-masing sibuk dengan tugas sendiri sambil ditemani oleh lagu-lagu yang diputarkan di radio.
Petang itu kami bercadang mahu berjalan-jalan sambil bergambar. Banyak tempat-tempat yang cantik kami abadikan di dalam gambar. Aku ingat, nak poskan beberapa keping gambar kepada keluarga.
Malam pula aku sibuk menyambung kembali assignmentku, cuma tinggal beberapa tajuk saja lagi. Pensyarah meminta kami menghantarnya sebelum 8 Januari 1998. Ini bermakna, cuma tinggal dua minggu lagi untuk menghabiskan assignment tersebut.
farteama...thanks sbb follow. Semoga terus membaca di mykarya.com
ReplyDeleteSelamat berkarya
tq... juz pgl sy ima jer..
ReplyDelete