Thursday, August 4, 2011

[ novelku ] - Ceritera Kita 18, 19

BAB 18


“Ila... abang nak pinjam nota ekonomi tadi boleh tak?”

“Kenapa?. Abang Irwan tidur lagi tadi?”
“Ha’ah..”
“Teruklah orang laki ni, juara tidur dalam kelas. Malu la sikit.”
“Emm... ye la malu, malu. Nak sorok muka dalam beglah.”
Aku tergelak kecil mendengar selorohnya.

Aku di sini, hanya menganggap Irwan sebagai senior. Irwan sudah dalam semester tiga, manakala aku baru semester satu. Aku mula rapat dengan Irwan setelah selalu buat assignment bersama-sama. Tapi tidaklah sampai ke tahap kritikal. Maksudku, ku masih tidak ada apa-apa perasaan padanya. Aku masih memegang prinsip hidupku, belajar dan kerja dulu, baru kahwin. Aku juga masih memegang kuat janjiku pada diriku dan juga pada emak dan ayahku, bahawa aku datang ke sini untuk belajar bukannya untuk perkara yang remeh. Aku sedar siapa aku. Aku tidak mahu menghancurkan harapan emak dan ayahku padaku.

“Boleh, tapi tak completelah. Boleh ke abang Irwan faham? Tulisan pun cakar ayam,” terangku.
“Tak pe. Tulisan Ila bukannya buruk sangat sampai tak boleh baca.”
“Mm.. ye la. Tapi esok abang Irwan pulangkan tau. Ila nak kemaskini dan buat ulangkaji.”
“Alaa... itu abang tau la.”

Hari demi hari, kami kerap bersama. Itupun atas dasar pelajaran saja.  Ramai juga siswa dan siswi di kolej kami membuat tanggapan yang salah. Mulanya geram juga aku dengar gosip mereka. Akhirnya, aku sudah lali. Ah...lantak kat aku nak buat apa, yang penting niat.
Irwan pula, sedikit demi sedikit cuba memikat aku. Tapi seboleh-bolehnya, aku cuba tak ambil pusing tentang perkara itu.  Yang aku lebih pentingkan ialah masa depan aku – cita-citaku.         

BAB 19

‘Ishh... kenapalah dia ni degil sangat.  Susah jugak nak ngorat dia.  Kejap rasa dapat, kejap tak.’ rungut Irwan suatu hari.
‘Tak pe, aku nak uji dia. Semester depan, aku nak bersikap dingin. Walaupun berselisih dengan dia pun, aku takkan senyum,’ tekadnya dalam hati walaupun dia akan terseksa dengan niatnya itu.
Semester baru pun bermula, seperti biasa keadaan di kolej agak sibuk dengan pendaftaran kursus selama seminggu. Buat masa ini, sama ada Irwan atau aku masih belum bersua muka. Keadaan ini berterusan sehingga hampir sebulan minggu perkuliahan telah bermula. Agaknya, subjek yang dia atau aku ambil tak sama, ataupun subjek yang kami ambil sama, tetapi berada di dewan kuliah yang berbeza.
Di kala ini, aku teringat kembali masa-masaku bersamanya. Rinduku pada wajahnya, gelagatnya, lawaknya, terutama sekali pada sikap penyayang dan ambilberatnya. Entah mengapa, rinduku padanya semakin menjadi-jadi.  Arrggghhhh.... seksanya.

“Ila... mari sini kejap!”
“Ada apa Tini?”
“Alaa.. datang sini cepat.”
“Ye laa... aku datang ni,” kataku malas, tetapi kakiku tetap melangkah ke beranda, Tini menungguku di situ.
“Aku ada sesuatu nak bagitau kau.”
“Hmm... apa dia?”
“Aku ada ternampak Irwan di kafe tengahari tadi.”
“Ha!?... betul ke?”
“Entahlah... aku sendiri pun tak pasti. Sekali imbas macam dia.  Tapi aku tengok dia dah lain sikit.”
“Lain!?”
“Muka dia dah nampak cekung...,” kata Tini dengan nada suara yang sedih.
“Kau pasti betul, itu dia?”
“Aku tak tau nak kata betul atau tak. Tapi bagi aku, 60% tekaan aku betul.”
     “Lagi, ada apa lagi kau nak bagitau aku?”.
“Ada... aku nampak dia macam layan blues.”
“Lagi?”
“Rasanya dah tak ada apa lagi. Cuma aku nak ingatkan kau.”
“Apa?”
“Apa yang dah kau buat sampai dia jadi cam tu?”.
“Apanya... aku cuma layan dia macam biasa. Yang lebih-lebih tu aku tak buat. Takkan kau tak faham aku lagi.”
“Hmm, entahlah. Aku sendiri tak tau nak kata apa.”
Anyway, terima kasih atas maklumat tak rasmi tu.”
“Sama-sama.  Kasih diterima.”
Petang itu, aku benar-benar terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Tini tadi.  Aku ingat, buat selamanya aku tak mungkin dapat bertemu dengannya lagi. Tapi sangkaanku meleset. Kenapa...kenapa dia macam nak menjauhkan dirinya dari diriku? Yang buat aku bertambah hairan lagi, kenapa baru sekarang aku dapat tau tentang dia? Kenapa tidak dari mula semester lagi? Hmm... entahlah...
Dalam diam-diam, aku jadikan Tini sebagai pengintipku untuk mengintip Irwan. Setiap maklumat yang aku terima mengecewakan. Jelaslah bahawa dia hendak menjauhkan dirinya dariku. Kadang-kadang bila difikirkan semula segala tindakanku ini, hendak gelak pun ada, malu... lagi lah. Macam orang pengemis cinta, mengemis cinta yang tidak mungkin tiba. Ego pun dah turun, rasa terlalu murah diri ini kerana mengemis cintanya. ‘Ila... apa nak jadi dengan kau ni. Kau datang sini nak belajar, nak cari ilmu, bukannya nak cari couple. Tapi... argghhh... gilaa... perasaan ni tak pernah ku pinta untuk hadir dalam usiaku begini.  Ia wujud dengan tiba-tiba.  Kau dah langgar segala janji-janjimu. Tapi ku sedar, ku tak boleh melawan takdir. Argghhh... Ya ALLAH, tolonglah hamba-Mu ini, tabahkanlah hati hamba-Mu ini untuk meneruskan hidupku dengan sebaiknya.’ Ku bermonolog sendirian.