Saturday, May 28, 2011

[ novelku ] - Ceritera Kita 11, 12

BAB 11                
     
                 Al-hamdulillah, sepanjang aku bekerja di sini, tiada siapa dapat menghidu hubungan kami.   Di pejabat, kami sebagai majikan dan pekerja.  Tetapi di luar, kami tetap seperti pasangan kekasih yang lain.
                Masalahnya, Linda tetap tidak puas hati dengan hubungan kami.  Sudah banyak kali dia memberi amaran keras. Dan sebanyak itu, aku kerap menangis bersendirian, dan sebanyak itu jugalah aku mengadu kepada Irwan. Namun, Irwan menyuruhku supaya banyakkan bersabar dan berdoa. Dia juga banyak memberi nasihat dan kata-kata semangat padaku. Memang aku boleh praktikkan segala apa yang dia cadangkan, tapi sampai bila dapatku bertahan.
                Selain itu, emak dan ayah turut memberi perangsang padaku.  Kata mereka, kita sudah lama kenal dia, kenal hati budinya.  Dia tahu jaga dirinya.  Aku amat berterima kasih pada emak dan ayah. Azlin pun juga begitu. Aku memohon doa pada ALLAH banyak-banyak, agar dikuatkan hatiku serta imanku untuk hadapi dugaan ini.
                Irwan, seperti biasa, jika ada kelapangan dia akan mengajakku keluar. Walaupun ada ketikanya aku takut keluar bersamanya.  Dia tetap memberi jaminan bahawa semuanya akan selamat.  Apa-apa yang berlaku semuanya kehendak ALLAH. Aku hanya mampu tersenyum yang dibuat-buat.
                Di kampung Irwan, ayahnya sedang sakit tenat kembali.  Semalam, ayahnya sudah dimasukkan ke hospital.  Sudah seminggu Irwan di kampungnya.  Ini bermakna, sudah seminggu Linda menggangguku tanpa batasan, hingga dia sanggup menjejakku sampai ke rumahku.  Aku amat bimbang dengan tindakan Linda.

                “Tok, boleh tolong saya kan?”
                “Boleh, boleh.  Bisa saja, tapi mana pengerasnya?”
                “Ni dia tok.”
                “Nah, kau ambil ni.  Benda ni kau buka pembungkusnya, lepas tu kau letak dalam bilik dia.  Tapi pastikan dia saja yang kena.  Benda ni berasap.  Lepas letak benda ni, kau cepat-cepat lari.  Kesannya kuat.  Faham!”
                Malam itu juga, dia ke rumah Ila.

                “Mak!” jerit Azlin esok paginya.
                “Mak! Cepat mak, datang kat bilik Kak Ila.” Azlin cemas.
                “Ila.. Kenapa ni Ila? Bangun Ila.”, arah mak.
                Aku rasa amat lemah sekali, hendak buka mata pun tidak berdaya.

                Belum sempat ayah Irwan sembuh sepenuhnya, kini dia terpaksa berkejar ke sini pula.  Kesian Irwan.  Dia cuba tabahkan hatinya.
                “Wan, kau tolong tengokkan Ila kejap ye.  Mak nak ke kafe kejap, beli sarapan.  Kesian mak tengok kau.  Wan pun tentu belum sarapan lagi kan?” kata emak bila Irwan sudah lama berada di wadku, menunggu aku sedar.
                “Baik mak.”
                Memang emak tidak membenarkan Irwan memanggilnya ‘makcik’.  Panggilan ‘mak’ lebih mesra, ulas emak.
                Irwan sekarang duduk di kerusi sebelahku, dan merenung aku. Ingin dia memegang tanganku, moga-moga aku cepat sedar, tapi tidak dilakukannya demi adab.
                Bila emak masuk, emak suruh Irwan makan dulu, tetapi Irwan menolak.  Katanya, dia tidak lapar lagi.  Malah, dia menyarankan emak makan dulu.
                “Aarrgghhh...”
                Emak dan Irwan memandangku dengan cemas.  Aku cuba membuka mata perlahan-lahan. Terasa silau mata bilaku memandang cahaya.
“Aarrgghhh...”
“Ila, kau tak apa-apa?”, soal emak.
“Aa...?”
“Tak de apa-apa mak”, waktu itu aku sudah boleh membuka mata. Lantas aku cuba duduk. Badanku masih lemah.  Irwan menegahku daripada bergerak.  Aku akur.
“Mak, kenapa Ila ada kat sini?”
“Ila pengsan, kat bilik.  Dah dua hari Ila pengsan,” terang emak.
“Ohh...”
Irwan lantas menyuakan aku air.  Aku cuba minum air  perlahan-lahan.
“Adik-adik mana mak?”
“Semua ada di rumah Pak Long kau.”
“Ila, baik Ila jangan banyak bergerak.  Ila masih lemah, rehat dulu,” ujar Irwan setelah lama mendiamkan diri.
Irwan mengajak emak ke tepi tingkap.  Emak menurut saja permintaan Irwan.
“Mak, saya nak tanya boleh?”
Emak mengangguk.
“Kenapa tiba-tiba Ila pengsan? Dia tak ada sakit yang kritikal kan?”
“Tak de.  Entahlah, mak  sendiri pun tak tau Wan.  Kalau nak tau, Wan tanyalah dia nanti.”
“Emm... tak pe lah mak.”
Okey lah mak.  Wan pun dah lama kat sini.  Wan nak tengok ayah pula.  Nanti kalau ada  apa-apa hal, telefon je Wan ye mak.  Assalamualaikum mak, Ila.”
“Wan, amik sarapan kau tu.”
Irwan berlalu sambil mengambil sarapannya.

Linda tersenyum riang.  Rancangannya sudah berjaya.  Tapi dia tidak puas hati selagi aku tidak betul-betul tenat.  Kalau boleh dia tidak mahu aku wujud lagi di bumi ini.


BAB 12

                Kini aku kembali bekerja setelah mengambil cuti sakit selama seminggu.  Selama seminggu itulah, aku rasa badanku lemah.  Hari ini, walaupun belum sihat sepenuhnya, aku gagahi juga untuk ke pejabat.  Aku tidak betah duduk di rumah.
                Irwan masih berada di kampungnya.  Katanya mungkin tiga atau empat hari lagi dia kembali bertugas.  Ayahnya masih lagi sakit tenat.  Aku amat bersimpati dengan apa yang menimpanya.     Aku selalu berdoa, agar ayahnya cepat sembuh.
                Linda masih tidak senang dengan kewujudanku.  Dia selalu menjeling marah dan masih memberi amaran padaku.  Namun aku tidak ambil peduli itu semua.
                Sepanjang hari ini, aku tidak dapat menumpukan perhatian pada kerja.  Aku asyik teringatkan Irwan dan kejadian yang menimpa pada diriku.  Jadi, aku ambil keputusan untuk pulang awal.
                Staf-staf lain hairan melihat sikapku hari ini.  Entahlah, apa yang berlaku hinggakan hatiku tidak sedap.  Habis saja lunch, aku terus balik.
                “Assalamualaikum...”
                “Wa’alaikumussalam.  A..Ila, kenapa?”
                “Wan masih kat kampung lagi ke?”
                “A’ah..”
                “Wan, Ila on the way ke kampung Wan ni.  Ila nak jenguk ayah Wan.”
                “Ohh... okey. Nanti Wan bagitau diorang.”
                Okey...Assalamualaikum.”
                “Wa’alaikumussalam.”
                Sampai saja di kampung Irwan, Irwan sudah menungguku di beranda.  Aku terus saja masuk ke dalam.  Ayah dan emak Irwan gembira dengan kedatanganku.  Lama juga aku berada di kampung Irwan. Hampir waktu Isyak baru aku sampai di rumah. Emak memarahiku kerana pulang terlalu lewat. Namun sebenarnya emak mengerti, kerana aku sudah maklumkan perkara ini sebelum bertolak tadi.
                Usai solat Isyak, aku bersiap-siap untuk tidur. Keletihan mencengkam tubuhku. Tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi.  Malas aku nak menjawab panggilan itu. Aku biarkan ia berbunyi lama. Lambat-lambat aku capai juga telefon bimbitku.  Bingit telinga mendengar bunyi telefon bimbitku malam-malam begini.  Belum sempat aku mencapai telefon bimbitku, ia sudah berhenti berbunyi. Geram hatiku. Ahh...biarlah’ getus hatiku.  Lantas aku terus tidur.
               
                Esoknya, aku terperanjat bila Irwan berada di pejabat.
                “Kenapa balik cepat?”
                “Wan kesian tengok Ila, sebab tu Wan balik awal.”
                “Ayah macam mana?”
                “Dah sihat sikit.  Insya-ALLAH, dia akan sembuh.”
                “Wan, semalam Wan ada telefon Ila tak?”
                “Tak de.”
                “Emm, tak pelah.”
                Aku mengangguk, puas hati dengan penjelasan Irwan.  Aku melangkah ke mejaku untuk memulakan tugas.  Hari ini, aku bersemangat sikit untuk bekerja.  Mungkin juga disebabkan dengan kehadiran Irwan, menaikkan semangatku.  Seperti biasa, kami lunch bersama.  Tentunya Linda geram dan cemburu melihat kami.  Aku tak ambil pusing dengan panggilan semalam.  Mungkin orang itu tersilap nombor.

Saturday, May 14, 2011

[ novel ku ] - Ceritera Kita 9, 10


Bab 9

                “Ila, masuk bilik saya sekejap,” arah Irwan melalui interkom.  Seketika kemudian, aku sudah berhadapan dengan bos aku.
                “Ni kenapa ada silap ni?”
                “Sa...Saya tak perasan tadi encik.  Saya minta maaf.”
                “Senaaang je  kau jawab.  Awak tahu tak, saya tak suka pekerja saya buat kerja sambil lewa.”
                “Saya minta maaf encik.  Saya takkan buat silap lagi lain kali,” terangku.
                “Okey, kali ini saya maafkan awak.  Lain kali, kalau awak buat silap lagi, saya tidak akan teragak-agak kenakan denda terhadap awak, faham!” tegas Irwan.  Dia menekankan suaranya pada perkataan faham.
                “Faham encik”, ucapku sambil mengangguk lemah.
                “Awak boleh keluar.”
                “Baik encik.” kataku antara dengar tidak dengar.
                Sampai saja di meja, aku hampir menitis air mata.  Tidak pernah sekali Irwan memarahiku, sejakku mula bekerja di sini sebagai Pembantu Pegawai Tadbir, tiga minggu yang lalu.  Namun apakan daya, aku terpaksa menerima arahannya, walaupun hatiku memberontak hebat.

***********************************
                “Kak Ila...!Kak Ila!”
                “Kenapa?” soalku pada Azlin.
                “Ni ha! Ada surat untuk Kak Ila.”
                “Oh!...terima kasih.”
                Betapa gembiranya aku, bila mendapat tawaran bekerja di Syarikat Iman, iaitu syarikat Irwan. Walaupun sebagai Pembantu Pegawai Tadbir, tetapi ku bersyukur.  Kerana itulah peluang kerjayaku yang pertama.  Tambahan pula, di bawah pengurusan Irwan.
                “Mak...Ayah. Lihat ni!”
                “Apa dia?” soal emak.
                “Ila dapat kerja di syarikat Irwan mak, ayah. Tengoklah”, terangku.
                “Macam mana mak, ayah. Boleh tak?” soalku.
                “Terpulanglah pada kamu Ila, ayah tak menghalang.  Lagipun, di sana ada Irwan.       Sekurang-kurangnya, dia boleh tengok-tengokkan kau”, cadang ayah sambil memandang emak. Emak mengangguk saja, tanda setuju dengan pendapat ayah.  Itulah hari yang paling gembira dalam hidupku.  Tak sabar rasanya hendak bekerja di sana.

************************************
               
“Itulah kau...lain kali buat kerja tu, teliti sikit.  Takkan kau tak tau, Irwan tu tak suka pada kerja yang ada kesilapan, walau sekecil mana pun.  Bagi dia, dengan kesilapan yang kecil boleh menyebabkan kesilapan yang besar pada syarikat.  Dan kau,  jangan malukan syarikat dengan memalukan dia.  Dan jika kau dah tak boleh buat kerja tu dan buat silap lagi, lebih baik kau berhenti saja.  Syarikat, tambah-tambah lagi aku, tak perlukan khidmat kau.  Aku pun boleh lakukan semua kerja tu sendiri.” Terang Linda dengan nada menyindir, Penolong Pegawai Tadbirnya bila dia mendengar aku dimarahi sebentar tadi.
                Eleh...ingat dia sorang je yang betul,’hatiku berkata geram.  Aku buat tidak tahu saja apa yang dicakapkan oleh Linda tadi.


                “Irwan...jomlah kita lunch sama-sama,” kata Linda dengan nada suara yang manja dan liuk lentuk tubuhnya yang menggoda.
                “Tak payah.  Awak boleh keluar dengan staf lelaki lain yang boleh faham taste awak!” tegas Irwan.
                “Alaa... diorang tu tak bestlah. Boleh lah yek! Hari ni I ada surprise untuk you,” pujuknya lagi.
                “Linda... tolonglah, saya tak ada masa nak layan awak hari ni.  Pergilah cari staf lelaki yang lain,” tegas Irwan sekali lagi dengan nada suara yang tinggi.
                “Okey, tak apalah kalau you tak mau lunch dengan I tapi... jangan lupa call I malam ni. Okey, bye.” Ucap Linda sambil menuju ke pintu.
                “Hmm...” Irwan mengeluh.
                Bukan sekali dua Linda cuba untuk mengajak Irwan lunch bersama, malah hampir setiap hari. Tapi semua ajakan Linda ditolaknya mentah-mentah dengan bermacam-macam alasan yang difikirkannya logik.  Dengan sebab itulah, aku bangga dengan Irwan walaupun hatiku sering gusar memikirkannya.  Itulah yang sering aku dengar dari staf-staf lain.  Aku cuma mendengar saja, malasku hendak mengulas tentangnya.  Biarlah Irwan sendiri yang menyelesaikan masalah itu.
                Linda, seperti kata staf-staf yang satu jabatan dengan kami, ialah seorang wanita yang sosial. Setiap malam dia akan pergi ke pub.  Pakaiannya seksi walaupun di pejabat.  Ramai juga staf-staf yang kurang senang dengan Linda.
                Irwan pula, seorang yang tegas, berpendirian tetap, mementingkan displin dan komitmen terhadap kerja.  Namun, dia seorang yang penyayang dan berfikiran terbuka.  Wajahnya yang kacak dan berkulit cerah, menjadikan staf-staf wanita muda terpikat padanya, termasuklah Linda yang galak cuba memikatnya.  Aku amat geram dengan perbuatan Linda.



Bab 10



                “Apa yang Ila menungkan tu?”, tegur Irwan.
                “A...apa dia?” kataku terkulat-kulat menahan malu ditegur oleh Irwan.
                “Ila tengah fikirkan apa tadi?”
                “Err...em... tidak ada apa-apalah,” kataku.  Irwan menggelengkan kepala melihat sikapku.
                “Ila nak minum apa?” soal Irwan bila pelayan restoran datang memesan makanan.
                “Fresh orange.
                “Makan?”
                “Emm...nasi pataya.”
                “Bagi fresh orange satu, teh limau ais satu, nasi pataya dua.” Kata Irwan pada pelayan tadi.
                “Kenapa Wan ajak Ila makan?”
                “Tak ada apa-apa. Saja nak ajak Ila makan, lepas tu kita keluar jalan-jalan, boleh? Lagipun, dah lama kita tak jumpa di luar waktu pejabat. Minggu lepas Wan sibuk. Jadi, hari ni Wan nak luangkan masa dengan Ila. Bolehkan?”
                “Hmm...okey,” hatiku melonjak gembira.
                Sepanjang hari, aku amat gembira dapat keluar dengan Irwan. Tanpa disedari, kami sedang diintip oleh seseorang.

                “Irwan, petang ni jumpa I di Taman Tasik pukul 4.30 okey.  Datang tau, jangan beralasan lagi”, talian telefon terus diletakkan tanpa memberi peluang kepada Irwan untuk berkata. Irwan cuma mengeluh. Dia tahu siapa yang menghubunginya tadi.

                ”Apa lagi yang you nak?” soal Irwan.
                Linda terus berjalan tanpa mempedulikan soalan Irwan. Irwan geram lantas dia memintas Linda dan berdiri menghadap Linda.  Linda terkejut dan mengalihkan badannya ke kiri.  Hatinya geram dengan apa yang dilihatnya semalam.
                “Apa hubungan you dengan Ila?”
                “Tak ada apa-apa. Cuma hubungan antara majikan dengan pekerja,” jelas Irwan.
                “Tapi kenapa I nampak you mesra sangat dengan Ila?”
                “So.. semalam you intip kamilah ye?”
                “Ya!”
                “Apa salahnya, tak kan itu pun tak boleh?”
                “You boleh tanya soalan tu? You tau tak yang I ni geram sebab you tolak ajakan I, tapi you senang-senang boleh jumpa Ila. Mesra lagi tu! Apa kurangnya I? I kenal you dulu dari dia!” Linda meluahkan segala apa yang terbuku dihatinya.
                “You tanya apa kurangnya diri you? Jawapannya ada pada diri you sendiri. Cerminlah diri you dulu!” terang Irwan dengan tegas, lantas dia pulang begitu saja, membiarkan Linda terpinga-pinga. Hati Linda sudah panas, sekarang bertambah panas dengan kata-kata Irwan.
                Ahh...malaslah nak layan perempuan gatal.  Lagi dilayan, lagi naik lemak.  Silap haribulan, aku boleh jadi penghuni rumah sakit jiwa dengan sukarelanya.’ protes Irwan dalam hatinya.
                Ila...,jangan risau tentang diri Wan, terutamanya hati ini. Wan tetap ingatkan Ila setiap masa.  Wan tak kan musnahkan cinta kita.  Wan tak rela semua itu berlaku.  Wan amat menyayangi dirimu,’ hatinya berbisik.

Monday, May 2, 2011

[ novel ku ] - Ceritera Kita 8


Bab 8


Cuti sekolah akhir tahun sudah pun bermula.  Azlin dan Ucu sedang bermain bersama-sama. Azlin tahun depan akan memasuki Tingkatan 4.  Keputusan PMRnya kan diumumkan dua minggu lagi. Kemungkinan dia ingin memasuki sekolah lain pula.  Itu bergantung kepada keputusan PMRnya.  Ucu pula akan memasuki Tahun 4.
                Ayah kata, menurut Kak Ila, dia akan balik ke Malaysia lusa.  Ayah juga berjanji akan membeli buku cerita atau pelajaran, selepas mengambil Kak Ila.  Azlin tidak mahu melepaskan peluang.  Dia hendak mengikut ayah untuk memilih novel terbitan Ghost Writer nanti.  Ucu pula, ayah akan belikannya buku aktiviti berbentuk pelajaran.

                Akhirnya, kapal terbang yang aku naiki sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.  Selepas mengambil beg, aku pun bergerak ke luar sambil menunggu ayah.
                “Isshh... mana ayah ni. Kata pukul 11.00 nak jemput, ni dah pukul 11.20!” rungutku.  Aku berjalan ke depan sikit.  Aku sudah tidak sanggup menjadi penunggu setia.
                “Ayah, ayah... tu Kak Ila!” jerit Ucu.
                Aku terdengar jeritan Ucu, lantas segera menuju ke arah mereka.
                Selepas bersalaman, kami ke gerai makanan yang sedia ada di dalam lapangan terbang, untuk makan tengahari. Kemudian, baru kami bertolak ke Seberang Jaya.
                Ayah, awat lewat mai tadi?” soalku.
                “Tadi…ohh, traffic jam”, terang ayah, manakala yang lain sudah tidur keletihan.
                “Bangkit, bangkit! Kita dah nak sampai ni!”. kejutku pada Azlin dan Ucu.  Cepat-cepat mereka meminta ayah untuk tunaikan janji.
                Tiba di Bandar Perda, ayah belok ke kiri dan menuju ke Kedai Buku Harfa.  Setelah sampai, kami semua masuk ke dalam ke kedai tersebut.  Aku turut mencari novel terbitan Alaf 21 dan Novel Creative.  Kemudian, kami terus pulang ke rumah.
                Sebaik saja meletakkan beg di tepi dinding bilik, aku terus tidur kerana kepenatan.
                Keesokkan harinya, seperti biasa aku menolong ibu di dapur.  Di sebelah petang atau malam, aku mengajar Azlin dan Ucu dalam pembelajaran mereka.  Di samping itu, aku cuba mencari pekerjaan melalui surat khabar dan internet.  Lapang juga hatiku, bila sudah tidak perlu lagi memikrkan lagi tentang pelajaran.  Ada juga dalam dua atau tiga kali dalam seminggu aku menelefon Irwan.  Seronok juga dapat mendengar suaranya, setelah setahun jarang sekali aku dengar suaranya.  Terubat rinduku padanya.
                Dekat seminggu rasanya, aku sudah tinggalkan Australia.  Rindu pula rasanya pada        kawan-kawan di sana.  Agak susah untuk berhubung dengan mereka.  Ada juga ku hantar e-mel dan poskad pada mereka, cuma beberapa orang yang membalas balik.  Kata mereka, sekarang musim panas.  Mesti mereka seronok berjalan-jalan atau berjemur di pantai.  Ataupun pergi melancong. Segala kenangan bersama mereka terlintas di fikiranku.  Segala-galanya amat indah.

                Okey, kita sekarang di KL. Ada sesiapa boleh bagi cadangan kita nak ke mana?” soal ayah.
                Kami berebut-rebut menyebut tempat-tempat yang menarik di KL, mengikut citarasa  masing-masing.  Antaranya ialah KLCC, KL Tower, Pusat Sains Negara dan lain-lain lagi.
                “Khabaq betul-betul.  Korang nak ke mana?”  kata ayah sambil menggelengkan kepalanya. Kami semua senyap, tidak tahu hendak ke mana.
                “Kita pergi KL Tower, KLCC dan Muzium Kesenian Islam, okey?”
                “Yeeyyy...” jerit kami serentak.  Keadaan menjadi kecoh seketika.
                Kami semua seronok dapat mengunjungi KL Tower, KLCC dan Muzium Kesenian Islam.  Banyak pengetahuan yang kami perolehi sambil berhibur di tempat-tempat tersebut.  Bukannya senang dapat keluar berjalan-jalan sebegini.  Maklum sajalah, ayah sibuk bekerja.  Jadi kesempatan begini, tambahan pula pada musim cuti sekolah, kami keluar berjalan-jalan.  Memang inilah kenangan yang paling manis dalam hidupku.